Plot Abang_Long_Fadil_2

Mengisahkan perjalanan hidup Fadil (Zizan Razak) yang terjerumus ke dalam dunia kongsi gelap, didalangi oleh Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) dan Inspektor Shuib (Shuib Sepahtu) sebagai pengganas upahan kejam bernama Tiger. Pada masa yang sama, Yana (Tania Hudson), seorang wartawan TVKL yang sering membuat liputan kes kes pembunuhan Tiger, juga terperangkap menjadi mangsa buruan yang dihadapi Fadil. Fadil terpaksa hidup sebagai pembunuh walaupun tidak bersalah. Sasaran pertama beliau adalah King Kong (AC Mizal), seorang kongsi gelap gila dan musuh kepada Taji Samprit. Pelbagai insiden dan situasi berlaku pada Fadil sebagai pembunuh upahan. Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah.

Pada waktu malam, Fadil pergi ke kelab King Kong dengan menyamar sebagai bombay. Tetapi apabila mereka ternampak pisau itu King Kong dibunuh, maka polis sampai di kelabnya yang mana Tiger (Fadil) membunuh King Kong. Inspektor Wahab dan rakannya mengejar Tiger (Fadil) dengan menaiki motosikal, menyebabkan kereta polis ditimpa kemalangan selepas lori yang sarat membawa silinder gas terjatuh dan Inspektor Wahab dan pegawainya dicedera semasa mengejar Tiger (Fadil).

Keesok harinya, Wak Doyok membayar RM 10 juta dan mengupah Fadil untuk membunuh seorang lagi iaitu Taji Samprit kerana dia telah mengupahnya membunuh maknya sendiri. Wak Doyok menyuruh Fadil untuk membunuh Taji Samprit dan merampas loket yang ada kunci disimpan oleh bapanya sendiri. Inspetor Wahab dan Inspektor Shuib melawat ke rumah Yana dan menyoal siasat bahawa pembunuhan Datin Mona yang dibunuh Tiger. Inspektor Wahab menasihati kepada Yana bahawa suspek itu berbahaya. Ketiga-tiga mereka telah diserang oleh Cobra, abang kepada King Kong dan kereta TVKL yang dinaiki mereka terbaas.[lower-alpha 2] Selepas ditimpa kemalangan, Fadil menyuruh Ali dan Yana supaya pergi dan membiarkan tinggal seorang dirinya. Pertaruhan di antara Cobra dan Fadil sehingga Fadil insaf kepada Cobra dan membawa Cobra ke rumahnya yang ada duit RM500 juta.

Pada waktu yang sama, Wak Doyok terkejut apabila bapanya masih hidup, sehingga bapanya menyuruh geng-gengnya menhapuskan anaknya sendiri. Wak Doyok hampir menumpaskan geng-geng Taji Samprit, termasuk Rudy. Wak Doyok bertarung dengan bapanya, sehingga bapanya menumpas Wak Doyok. Taji Samprit cuba untuk membunuh Wak Doyok, tetapi dibunuh oleh Tiger. Tiger menjelaskan kepada Wak Doyok bahawa Fadil adalah gengster kelas bawahan. Wak Doyok marah dan menyuruh Tiger untuk membunuh Fadil.

Di kawasan gudang, Fadil mencampak loket kepada Wak Doyok dan Wak Doyok melepaskan Yana sehingga Tiger dan Wak Doyok bersama-sama untuk membunuh Fadil. Bermula dalam pertembungan terakhir, Fadil dan Yana melarikan diri sehingga Wak Doyok bertarung dengan Fadil. Manakala Cobra bertarung dengan Tiger untuk membalas dendam atas kematian adiknya. Fadil hendak membunuh Wak Doyok, sehingga Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib mengepung semua kawasan gudang. Inspektor Shuib menyasarkan Inspektor Wahab kerana Shuib tahu dia merupakan sebagai orang kanan Taji. Tetapi Inspektor Wahab menjelaskan bahawa Fadil tidak bersalah. Walau bagaimanapun, Inspektor Wahab mengupah Rudy berkerja sebagai polis. Inspektor Wahab meningatkan bahawa penyamaran Tiger iaitu Ali.

Bersambung dalam pertembungan terakhir, Cobra dibunuh oleh Ali. Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib mengejar Ali sehingga Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib menembak Ali dengan bahan letupan. Ali bangkit semula, Inspektor Wahab berjaya membunuh Ali. Wak Doyok bertarung dengan Fadil sekali lagi, sehingga Wak Doyok menumpaskan Fadil. Wak Doyok hendak membunuh Fadil tetapi dihalang oleh Yana yang telah ditembak oleh Wak Doyok. Fadil sangat marah, lalu bertarung Wak Doyok. Fadil berjaya menumpaskan Wak Doyok lalu pihak polis membekas Wak Doyok. Yana telah dihantar ke hospital akibat ditembak di tangannya. Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib mengucapkan terima kasih kepada Fadil kerana membantu pihak polis dan membebaskan Fadil.

Di penghujung cerita, Fadil membuka kontena Taji dengan menggunakan rantai yang ada kunci. Dalam kontera itu, terdapat banyak duit berjuta yang disimpan oleh Taji. Kini Fadil dan Yana bergembira dengan kekayaan itu. Fadil berjaya memiliki kereta dan Datuk Yusof Haslam akan membuat filem 'Abang Long Fadil 3'. Fadil akan membuat filem 'Abang Long Fadil vs Teransformer' tetapi ia tidak akan dikeluarkan di pawagam kerana Fadil telah masuk penjara.

Rujukan

WikiPedia: Abang_Long_Fadil_2 http://english.astroawani.com/entertainment-news/a... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/abang-lon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/baru-dua-... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/abang-lon... http://www.astroawani.com/video-malaysia/astro-sha... http://www.astroawani.com/video-malaysia/lagu-seno... http://www.astroawani.com/video-malaysia/trailer-a... http://www.broframestone.com/2017/08/abang-long-fa...