Kerjaya Abdul_Jamil_Abdul_Rais

Mulanya bertugas di Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Administration Service) di Pejabat Tanah dan Daerah pada Julai 1932 . Sebagai Pegawai Pelatih (Probationer Officer) M.A.S dan ditempatkan di Pejabat Daerah Kuala Selangor (1932), di Pejabat Daerah Sabak Bernam, Selangor (1933). Kerjayanya dalam bidang ini semakin menyinar bila beliau bertugas pula di Pejabat Daerah Port Dickson dan seterusnya menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O) di Hulu Selangor (1938) dan Timbalan Penolong Pegawai Daerah di Hilir Perak (1939-1941) apabila meletusnya Perang Dunia Kedua dan Tanah Melayu telah diambil alih pentadbirannya oleh pihak Jepun selama beberapa tahun.

Semasa Jepun, beliau bergerak aktif dalam gerakan anti Jepun melalui pasukan gerila Force 136 dan pernah ditangkap oleh Jepun. Semasa penyerahan Jepun kepada tentera British, sekali lagi beliau ditangkap oleh pihak komunis PKM.

Selepas PDII tamat, beliau menjadi Pesuruhjaya Tanah dan Galian Perlis (1948-1951) ; Setiausaha kerajaan Negeri Perlis (1951-1954) ; Pegawai Kewangan Negeri Selangor (1954-1955) ; Setiausaha kerajaan negeri Selangor (1956) dan Menteri Besar Selangor (1956-1958).[1]Selepas merdeka 1957, pada tahun 1958-1959 Tunku Abdul Rahman memilih beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Kemudiannya dalam tahun 1961-1964 dilantik sebagai Setiausaha Perbendaharaan Negara / Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan . Selepas itu menjadi Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Kabinet (1964-1967). Menteri Kewangan ketika itu ialah Tun Tan Siew Sin.[2] Beliau juga terlibat dalam merancang Rancangan Lima Tahun Malaysia 1951-1965 bersama Tunku Abdul Rahman, Mohamed bin Baba dan YM Raja Mohar bin Raja Badiozaman dll.[3] Jamil Rais selaku pengerusi NDPC telah dipuji kerana kerja yang baik dalam menggubal Rancangan Malaysia .[4]

Beliau menjadi Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (30 Jun 1956) ; Menteri Besar Selangor (1957) untuk jangka masa empat bulan dan kemudiannya ditetapkan ke dalam jawatan itu selepas Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada bulan Ogos 1957.[5] Pada 8 Jun 1958 beliau mengelilingi dunia selama 3 bulan. Sekembalinya daripada lawatan itu, beliau terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Pada tahun 1959, ditugaskan di Perbendaharaan Malaysia. Setiausaha Perbendaharaan Negara (1961) dan merupakan anak Melayu yang pertama memegang jawatan tersebut. Beliau dilantik pula sebagai Ketua Setiausaha Negara (1964) yang pertama. Jawatan ini ditukar nama kepada Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri dan beliaulah orang yang bertanggungjawab menukar nama jawatan itu sesuai dengan tugasnya.

Pada masa yang sama, beliau menyandang jawatan sebagai Setiausaha Jemaah Menteri. Pada tahun 1967, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London dan juga duta ke Ireland.