Adobe Flash Player ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara komputer seperti pelayar web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan
Macromedia, kini dibangunkan dan diedarkan oleh
Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail
SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan
Adobe Flash rekaan
Adobe Flex, atau mana-mana alat
Macromedia yang lain dan pihak ketiga.Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada program pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan
grafik vektor dan
raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu
ActionScript dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya memaksudkan sekitaran pengarangan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama "Flash" boleh memaksudkan sekitaran pengarangannya, pemainnya atau fail-fail aplikasinya.Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama
ActionScript (AS) yang berasaskan
ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks skrip tanpa pemboleh ubah, ActionScript telah berkembang maju untuk menyokong
kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan
JavaScript (satu lagi bahasa penskripan berasaskan ECMAScript).Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka
aplikasi Internet kaya dan menstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vektor untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan
GUI yang dibenamkan dalam laman web.Flash Player tersedia sebagai pemalam untuk versi-versi terkini pelayar web (such as
Mozilla Firefox,
Opera,
Safari dan
Internet Explorer) di platform-platform terpilih. Adobe menyatakan bahasa setiap versi pemalam adalah serasi dengan versi sebelumnya, kecuali perubahan ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan dalam Versi 10.
[2]