Afrikakorps
Afrikakorps

Afrikakorps

Afrikakorps, atau nama penuhnya dalam bahasa Jerman, Deutsches Afrikakorps, DAK  dengar (bantuan·maklumat), Kor Afrika Jerman, ialah pasukan ekspedisi Jerman di Libya dan Tunisia dalam Kempen Afrika Utara, sewaktu Perang Dunia Kedua. Reputasi Afrikakorps bersinonim dengan panglima pertamanya, Generalfeldmarschall Erwin Rommel, yang kemudiannya memerintah[1] Tentera Darat Panzer Afrika yang berubah menjadi Tentera Darat Panzer Jerman-Itali (Deutsch-Italienische Panzerarmee) dan Kumpulan Tentera Darat Afrika. Afrikakorps menjadi sebahagian tersendiri kesemua ketumbukan-ketumbukan ini. Afrikakorps bertempur dengan tentera Berikat sepanjang kempen Afrika Utara sehinggalah Kor ini menyerah kalah pada bulan Mei 1943.

Afrikakorps

Aktif 12 Februari 1941 – 13 Mei 1943
Cawangan Heer
Simbolpengenalan Mohor Deutsches Afrikakorps
Warna Kuning, Perang
Pertempuran Perang Dunia Kedua
Komanderterkenal Erwin Rommel
Ludwig Cruwell
Walther Nehring
Peranan Pasukan ekspedisi
Moto Ritterlich im Kriege, wachsam für den Frieden
("Beradab dalam Perang, Berjaga-jaga untuk Keamanan")
Negara Jerman Nazi
Garison/HQ Tripoli, Libya Itali
Jenis Kor