Peristilahan Ahad

Perkataan Ahad yang berarti "[salah] satu [dari..]" atau "penyatuan" dan diambil dari perkataan bahasa Arab iaitu al-aḥad الأحـد‎. Ia kognat dengan perkataan bermaksud sama dalam Bahasa Ibrani: אֶחָד‎, translit. 'eḥāḏ yang bererti "satu dari banyak" atau "penyatuan" yakni perkataan ini memberi makna hari pertama dalam seminggu.[1] Perkataan ini banyak digunakan di Malaysia, (melalui bahasa bakunya), Singapura dan Brunei; malah ia juga dipakai sesetengah kawasan di Indonesia namun tidak secara rasmi.

Di Indonesia pula, perkataan Minggu atau Hari Minggu lebih digunakan secara rasmi dalam bahasa baku negara ini manakala unit masa yang disebut sebagai "minggu" dikenali di negara tersebut sebagai "pekan" [pĕ-kan]. Perkataan ini diambil dari bahasa Portugis, Dominggo (dari bahasa Latin dies Dominicus, yang berarti "dia do Senhor", atau "hari Tuhan kita"). Dalam bahasa Melayu yang lebih awal, kata ini dieja sebagai Dominggu[2] sehingga sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Nama dalam bahasa lain

Nama lain lagi untuk hari ini adalah Aditya, Raditya, Redite atau Dite yang diambil dari bahasa Sanskrit yang berarti matahari, mirip dengan pengertian dalam bahasa-bahasa di Eropah, misalnya bahasa Inggeris "Sunday" yang bererti "hari matahari".

BahasaKataMaksud
JermanSonntagHari matahari
Mandarin星期日 (xīng qī rì)
BelandaZondag
InggerisSunday
Jepang日曜日 / Nichiyōbi
SwedenSöndag
DenmarkSøndag
CataloniaDiumenge"Hari Tuhan"
CastelhanoDomingo
EsperantoDimanĉo
PerancisDimanche
GalegoDomingo
YunaniΚυριακή
ItaliDomenica
PortugisDomingo
Melayu (Ind.)Minggu
RomaniaDuminică
EstoniaPühapäev
PolandNiedziela
BasqueIgande
TurkiPazar
CekoNeděle"Hari istirahat".
LituaniaSekmadienisHari ketujuh
Arabأحد (Ahad)pertama, satu
Melayu (Mal, Sin, Bru)Ahad