Aibika
Aibika

Aibika

Hisbiscus manihotAibika atau bendi kontot merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Malvaceae yang terdapat di kawasan Asia tenggara tetapi agak kurang dikenali di Malaysia. Aibika adalah seperti pokok kacang bendi atau okra tetapi buahnya lebih kecil dan banyak dimakan sebagai sayuran dari bahagian pucuk dan batang muda. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti aibika, sunset hibiscus (Inggeris); gedi, degi (Indonesia); lagikuway, barakue, glikway (Filipina); dan po-fai (Thailand). Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara dan dilaporkan banyak ditanam di Indonesia dan Papua New Guinea. Tumbuhan daunnya digunakan sebagai sayuran atau ulam dengan mencelur dalam air panas. Daun yang dicelur adalah agak berlendir. Orang Jawa menggelarkan tanaman ini sebagai "pokok ubi tanpa umbisi". Tidak ada rekod rasmi mengenai keluasan penanaman, pengeluaran dan harga bagi produk tanaman ini kerana jarang diusahakan secara komersial dan ada yang ditanam secara kecil-kecilan. Kebanyakannya ditanam untuk tanaman hiasan sahaja.