Pasukan Akatsuki_(Naruto)

Akatsuki dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada dua orang anggota untuk mempergunakan kebolehan mereka bagi tujuan pencapaian objektif organisasi.

Senarai pasukan

Kakuzu & Hidan

Fail:Kakuzu dan Hidan.JPGPasangan "zombi" Kakuzu dan Hidan
  • Senior: Kakuzu
  • Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Dua (Dikurung), Makhluk Syaitan Berekor Sembilan (Gagal)

Pasukan yang dilihat sebagai suatu gandingan yang paling efektif dan sukar dikalahkan apabila mereka bersatu seperti yang dinyatakan oleh Shikamaru bahawa mereka berdua perlu ditangani secara berasingan. Pain bercadang menggandingkan mereka berdua kerana kebolehan unik yang mereka miliki. Hidan memiliki tubuh yang "tidak mati" kerana telah berjaya dijadikan eksperimen oleh ajaran Jashin, walaupun tubuhnya dikerat-kerat. Ini membolehkan Kakuzu melakukan serangan hebatnya secara melulu untuk menyerang musuhnya tanpa perlu menghiraukan keselamatan Hidan. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Pasangan Kekal Abadi" (不死コンビ, Fushi Konbi) oleh kerana cara mereka mengelakkan diri dari kematian. Kisame berjenaka dengan memanggil mereka sebagai "Pasangan Zombi" (ゾンビコンビ, Zonbi Konbi).

Mereka juga merupakan pasangan yang tidak mempunyai hubungan baik di antara mereka. oleh kerana memiliki konflik dengan kegemaran masing-masing; Kakuzu menganggap ritual keagamaan yang dilakukan oleh Hidan adalah tidak berguna dan hanya membuang masa. Manakala, Hidan pula beranggapan bahawa Kakuzu seorang yang tidak penyabar dan bersikap suka mencaci ajaran Jashin yang diamalkannya dan turut menyatakan bahawa Kakuzu memiliki sifat ketamakkan yang tiada batasnya. Hidan turut menyatakan bahawa pekerjaan Kakuzu sebagai pemburu upahan sering memberikan perasaan tidak selesa kepadanya. Oleh kerana terdapatnya ketidakserasian di antara mereka, mengakibat mereka sering terlewat dalam menyelesaikan misi yang diberikan oleh organisasi.

Pain & Konan

Fail:Pain dan Konan.JPGPain dan Konan berasal dari Amegakure.
  • Senior: Pain
  • Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Sembilan (Gagal)

Pasangan Pain dan Konan dilihat sebagai salah satu pasangan yang serasi di dalam Akatsuki. Ini dapat dilihat melalui tindak-tanduk Konan yang sangat menurut semua perintah dan arahan daripada Pain. Pain bertindak sebagai ketua Akatsuki dan memberikan arahan kepada seluruh ahli Akatsuki untuk tujuan pencapaian objektif organisasi. Namun begitu, interaksi bersemuka yang pernah dilakukannya hanya ketika menggunakan Teknik Kurungan Naga Sembilan Kepala.

Pain juga merupakan pemimpin kepada kampung ninja Amegakure dan menggunakan kampung tersebut sebagai salah satu pengkalan untuk Akatsuki. Manakala, Konan pula bertindak sebagai pemimpin kedua berkuasa di Amegakure.

Orochimaru & Sasori

Sasori menyatakan bahawa dia dan Orochimaru dapat bekerjasama dengan baik sekali ketika mereka bergandingan sebagai sebuah pasukan kecil Akatsuki. Bagaimana pun, setelah Orochimaru keluar daripada organisasi Akatsuki setelah gagal dalam percubaannya untuk merampas tubuh Itachi (demi mendapatkan mata Sharingan), Sasori telah mula berdendam dengan bekas rakan sepasukannya itu.

Sasori & Deidara

Fail:Sasori, Deidara.PNGPakar "kesenian" Deidara dan Sasori
  • Senior: Sasori
  • Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Satu (Deidara, Dikurung), Makhluk Syaitan Berekor Sembilan (Gagal)

Kumpulan ini dibentuk daripada dua orang artisan daripada Akatsuki; Deidara dan Sasori. Kedua-dua mereka didapati mampu bekerjasama dengan baik walaupun terdapat sedikit pertengkaran jika berkaitan dengan topik kesenian. Sasori berpendapat bahawa seni itu sesuatu yang "kekal" seperti mana seni membuat boneka miliknya, manakala Deidara pula berpendapat bahawa seni itu sesuatu yang "spontan dan kemudian hilang selama-lamanya" seperti mana Letupan Tanah Liat miliknya.

Namun begitu, sikap mereka sangat berbeza dengan falsafah kesenian mereka. Sasori bersikap kurang penyabar dan mahu menamatkan sesuatu pekerjaan dengan segera, manakala Deidara pula suka melengah-lengahkan sesuatu kerja yang dilakukannya.

Sasori memiliki rangkaian perisiknya sendiri (yang dikawal olehnya menggunakan sejenis bentuk jutsu kawalan minda) untuk membantu urusan Akatsuki. Deidara sebelum ini merupakan pengebom upahan yang kemudiannya direkrut oleh Itachi Uchiha untuk menyertai Akatsuki.

Deidara & Tobi

Deidara bergandingan dengan Tobi setelah kematian Sasori
  • Senior: Deidara
  • Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Tiga (Tobi, dikurung)


Pasukan ini ditubuhkan setelah kematian Sasori dan Tobi telah dipilih sebagai pengganti tanpa melalui sebarang "ujian" syarat kemasukkan menjadi Akatsuki seperti anggota lain. Walaupun Tobi bersikap "tidak sabar-sabar" untuk mengambil perhatian seniornya, namun sikap keanak-anakan yang ditunjukkannya dianggap oleh Deidara sebagai membosankan dan menjengkelkan.

Walau pun Deidara berasa jengkel dengan perangai Tobi, namun mereka berdua mampu bekerjasama dengan baik apabila diberikan tugasan oleh organisasi. Ini dapat dilihat apabila berlakunya pertarungan di antara Deidara dan Sasuke. Tobi telah membantu Deidara untuk meletakkan bom-bom tanah liat milik Deidara ke dalam tanah tempat mereka bertarung. Deidara juga dilihat mengambil berat akan keselamatan Tobi namun tetap tidak menyukai sikapnya yang suka bermain-main.

Itachi Uchiha & Kisame Hoshigaki

Gandingan mantap Itachi dan Kisame
  • Senior: Itachi
  • Sasaran: Makhluk Syaitan Berekor Sembilan (Itachi, Gagal), Makhluk Syaitan Berekor Empat (Kisame, Dikurung), Makhluk Syaitan Berekor Lapan (Kisame, Gagal)

Pasukan ini dianggap sebagai sebuah pasukan yang baik dan sangat efektif. Pasangan ini hampir berjaya menyempurnakan semua misi yang diarahkan oleh Pain kepada mereka (kecuali misi menangkap Kyubi). Dengan Itachi yang bertindak sebagai "perisik" bagi kedua-dua pihak Akatsuki dan Konoha. Bagaimana pun, Itachi sengaja menggagalkan rancangan kedua-dua belah pihak.

Tidak seperti kebanyakkan pasukan lain di dalam Akatsuki, Itachi dan Kisame berhubungan dengan baik sesama mereka dan mampu berbual secara biasa dan dalam keadaan aman apabila tidak bertempur. Kisame berjaya menangkap Makhluk Syaitan Berekor Empat apabila doarakan berbuat demikian, namun dia mnegakui mengalami sedikit kesukaran. Kisame pernah menyatakan bahawa dia mengalami sedikit kesukaran untuk menewaskan jincuriki tersebut kerana dia menggunakan Gaya Lepas Sifat Lahar. Bagaimana pun, dalam pertempuran dengan Killer Bee, Kisame telah gagal melaksanakan misi tersebut dan telah 'memalsukan kematiannya' ketika kepalanya dipenggal oleh Killer Bee dan abangnya; Raikage ( Kisame bertukar tempat dengan Zetsu Putih sewaktu Killer Bee dalam keadaan lemah , Kisame yang sebenar bersembunyi dalam pedang Samehada ).

Zetsu

  • Fungsi: Perisik

Walaupun Zetsu bertindak bersendirian tanpa teman, namun oleh kerana dia memiliki dua personaliti maka dia dapat bertindak secara efektif seperti sebuah pasukan berdua. Oleh kerana setiap personaliti memiliki sifat yang berlainan, mereka sering bertengkar apabila berbicara soal pertempuran mana yang harus dilihat terlebih dahulu berbanding perkara lain. Kedua-dua bahagian personalitinya juga dapat berpisah dan bertindak mengikut pemikiran masing-masing.

Taka

Fail:Hebi hawk akatsuki.jpgPasukan Taka menjadi sekutu Akatsuki atas sesuatu sebab.

Apabila anggota Akatsuki berkurangan sehingga tinggal lima ahli, Madara telah meminta bantuan daripada Pasukan Taka yang juga mahukan kemusnahan kepada Konohagakure. Untuk menyempurnakan objektif mereka, Madara telah mengarahkan Pasukan Taka untuk memburu Makhluk Syaitan Berekor Lapan manakala Akatsuki (terutamanya Pain) pula pergi memburu Makhluk Syaitan Berekor Sembilan.

Secara teknikalnya, semua anggota pasukan Taka tidak dianggap sebagai anggota Akatsuki memandangkan mereka tidak memiliki cincin keahlian seperti mana anggota rasmi Akatsuki yang lain. Bagaimana pun, mereka mengenakan pemakaian jubah yang menyamai apa yang digunakan oleh setiap ahli organisasi Akatsuki.