Alat_perkusi
Alat_perkusi

Alat_perkusi

Alat perkusi (Bahasa Inggeris: percussion, Bahasa Belanda: percussie-instrument) ialah alat muzik yang dibunyikan dengan pemukulan atau geseran dengan alat pemalu yang khusus.[1]Alat muzik sebegini bukan sahaja memainkan rentak, bahkan juga melodi dan harmoni. Muzik untuk alat perkusi berpic boleh ditulis dalam notasi staf dengan klef trebel dan bes yang sama seperti alat muzik bukan perkusi lain, ataupun ditulis dengan klef neutral. Alat perkusi digolongkan berdasarkan pelbagai ciri yang kadang-kadang bergantung pada pembinaan, asal-usul bangsa, fungsi berdasarkan teori dan penyusunan orkestra atau kekerapan relatif berdasarkan pengetahuan am. Contoh alat perkusi tidak berpic: dram, simbal, kerincing, loceng, djembe, tamborin, kabasa dan gong. Contoh alat perkusi berpic: glockenspiel, xilofon, timpani, marimba, gamelan, piano dan harpsikod.