Aleksandr_Vasilevsky
Aleksandr_Vasilevsky

Aleksandr_Vasilevsky

Aleksandr Mikhaylovich Vasilevsky (Bahasa Rusia: Алекса́ндр Миха́йлович Василе́вский, 30 September [G.L.: 18 September] 1895, Vichuga – 5 Disember 1977) ialah seorang pegawai tertinggi Rusia dalam Tentera Merah yang telah dinaikkan pangkat ke Marsyal Kesatuan Soviet pada tahun 1943. Beliau merupakan Ketua Turus Am Angkatan Tentera Soviet dan Timbalan Menteri Pertahanan semasa Perang Dunia II, serta menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 1949 hingga 1953. Selaku Ketua Turus Am, Vasilevsky bertanggungjawab bagi perancangan dan penyelarasan hampir kesemua serangan muktamad Soviet dalam Perang Dunia II, bermula dari serangan balas Stalingrad hingga ke serangan Prusia Timur dan Königsberg.Vasilevsky memulakan kerjaya tenteranya dalam Perang Dunia I, telah dianugerahkan pangkat Kapten pada tahun 1917. Pada permulaan Revolusi Oktober dan Perang Saudara beliau telah direkrutkan kedalam Tentera Merah, mengambil bahagian dalam Perang Poland-Soviet. Selepas perang, beliau naik pangkat dengan cepat , menjadi komander rejimen pada tahun 1930. Pada posisi ini, beliau mempamerkan kemahiran tinggi dalam menyusun dan melatih pasukannya. Bakat Vasilevsky menjadi perhatian, dan pada tahun 1931 beliau telah dilantik sebagai anggota Direktorat Latihan Ketenteraan. Pada tahun 1937, selepas peristiwa Penyingkiran Besar Stalin, beliau telah dilantik sebagai pegawai Staf Am.Pada permulaan serangan balas Soviet tahun 1943 ketika Perang Dunia II, Vasilevsky menyelaras dan melaksanakan serangan Tentera Merah keatas hulu Sungai Don, di Lembah Donets, Krimea, Belarus dan Negara-negara Baltik, mengakhiri perang dengan penawanan bandar Königsberg pada April 1945. Pada Julai 1945, beliau telah dilantik sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata Soviet di Timur Jauh, melaksanakan Operasi Serangan Strategik Manchuria dan kemudiannya menerima Penyerahan kalah Jepun. Selepas perang, beliau menjadi Menteri Pertahanan Soviet, jawatan yang disandangnya sehingga kematian Stalin pada tahun 1953. Dengan kebangkitan Nikita Khrushchev, Vasilevsky mula hilang kuasa dan akhirnya dipencenkan. Selepas kematiannya, beliau telah disemadikan di Tembok Kremlin Necropolis sebagai mengiktiraf jasa bakti lampaunya dan sumbangan kepada negara.

Aleksandr_Vasilevsky

Pangkat Marsyal Kesatuan Soviet
Nama lahir Aleksandr Mikhaylovich Vasilevsky
Anugerah
Tugas lain Memoirs: The Matter of My Whole Life, 1973.
Tahun perkhidmatan 1915–1959
Kesetiaan
Pertempuran
Meninggal dunia 5 Disember 1977(1977-12-05) (umur 82)
Moscow, Russian SFSR, Soviet Union
Arahan
Kelahiran (1895-09-30)30 September 1895
Novaya Golchikha, Vichuga, Russian Empire
Disemadikan Tembok Kremlin Necropolis
Nama asal Алекса́ндр Миха́йлович Василе́вский