Kerjaya Amelia_Thripura_Henderson

Beliau mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.[1] Selepas itu, beliau berjaya membintangi sitkom Keluarga Adam.[1] Beliau juga pernah mementaskan persembahan muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.[1]

Di samping itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat.[1] Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol.[2] Beliau bernasib baik kerana ditawarkan untuk menjadi suara latar di dalam filem animasi ini. Beliau akhirnya bersetuju untuk merakamkan suara di dalam filem animasi ini kerana beliau amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika.[1] Tambahan pula, beliau diberikan tempat untuk berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime hasil arahan Yasmin Ahmad. Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.[1][3]

Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.[1]