Angin najam (jawi:
اڠين ناجم) atau
angin bintang adalah aliran gas yang dikeluarkan dari
atmosfera atas bintang. Ia dibezakan dari ciri
aliran keluar dwikutub bagi bintang muda dengan keadaannya kurang
terkolimat, walaupun angin najam tidak secara umumnya sfera simetri.Lain
jenis bintang, lain pula jenis angin najamnya.Bintang pasca
jujukan utama yang hampir hujung nyawa sering mengeluarkan jirim besar-besaran dalam bentuk angin gergasi ( M ˙ > 10 − 3 {\displaystyle \scriptstyle {\dot {M}}>10^{-3}} jisim suria setahun), perlahan (v = 10 km/s). Ini termasuk bintang
gergasi merah,
supergergasi dan
cawangan gergasi berasimptot. Angin ini didorong oleh
tekanan sinaran pada
debu yang memeluwap di dalam atmosfera atas bintang.
[1]Bintang besar
jenis O dan
B mempunyai angin najam dengan kadar kehilangan jisim yang lebih rendah ( M ˙ < 10 − 6 {\displaystyle \scriptstyle {\dot {M}}<10^{-6}} jisim suria setahun) tetapi mempunyai halaju yang sangat tinggi (v > 1–2000 km/s). Angin tersebut didorong oleh tekanan sinaran pada resonans garis serapan unsur berat seperti karbon dan nitrogen.
[2] Angin najam bertenaga tinggi ini menghembuskan
bebuuh angin najam.
Bintang jenis G seperti Matahari mempunyai angin dipacu oleh koronanya yang panas dan bermagnet. Angin Matahari juga dikenali sebagai
angin suria. Angin ini mengandungi bahan yang kebanyakannya daripada
elektron dan
proton bertenaga tinggi (kira-kira 1
keV) yang dapat melepasi
graviti bintang ini disebabkan
suhu korona yang sangat tinggi.
Angin najam daripada bintang
jujukan utama tidak kuat mempengaruhi evolusi bintang yang berjisim lebih rendah seperti Matahari. Walau bagaimanapun, bagi bintang lebih besar seperti bintang O, kehilangan jisim boleh berlaku disebabkan bintang menanggalkan sebanyak 50% daripada jisimnya semasa berada dalam jujukan utama: ini jelas memberi kesan yang ketara terhadap evolusi pada peringkat kemudian. Kesan itu juga boleh dilihat bagi bintang jisim pertengahan, yang akan menjadi
kerdil putih pada hujung hayatnya dan bukan meletup sebagai
supernova hanya kerana mereka kehilangan jisim yang mencukupi dalam angin mereka.