Penemuan Angkasa_lepas

Pada tahun 350 S.M., ahli falsafah Yunani, Aristotle, mencadangkan bahawa alam bencikan kekosongan (nature abhors a vacuum), prinsip ini kemudiannya dikenali sebagai horror vacui. Berdasarkan pendapat ini, keadaan hampagas adalah tidak wujud, di Barat idea tiada ruang yang kosong ini tidak disanggah berkurun lamanya.[3] Sehinggalah lewat kurun ke-17, ahli falsafah Perancis René Descartes telah menyanggah tentang keseluruhan ruang perlu diisi.[4]