Perkahwinan Anita_Sarawak

Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki Bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Perkahwinan pertamanya ialah dengan pemuzik dari kota Singa, Mohamed Abdul Samad pada 1972. Bagaimanapun, mereka berpisah pada April 1976.Menjelaskan sebab perceraian itu, Anita berkata, perkahwinan pertamanya itu bukan berlandaskan kepada cinta. Sebaliknya, dia berkahwin semata-mata kerana memenuhi permintaan Allahyarhamah ibunya.

Tahun 1981, Anita sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal dari Indonesia, Broery Marantika. Perkahwinan kedua itu mengundang kontroversi yang bukan calang-calang kerana Broery ketika itu masih menganut agama Kristian. Bagaimanapun, segala kekecohan itu berakhir apabila Broery memeluk Islam di hadapan Mufti Singapura, Syed Al-Jufri di pejabat Majlis Agama Islam Singapura. Malangnya, perkahwinan itu tidak bertahan lama dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun kemudian.

Ketika itulah Anita mengambil keputusan nekad berhijrah ke AS dan memperjudikan nasib seninya di pusat hiburan terkenal, Caesar's Palace. Sebelum berangkat ke AS, Anita meninggalkan peminat dengan sebuah album Melayu yang memuatkan lagu yang cukup istimewa - Bawalah Daku Pergi. Sedekad berlalu. Pintu hatinya diketuk oleh James Dean Nicholson (JD) bekas penyanyi kumpulan Commodores. Namun perkahwinan kali ini juga tidak terlepas daripada cabaran getir. Enam bulan sebelum mereka disatukan, pasangan itu ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana berkhalwat di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Belum sempat mengecapi kebahagiaan dan nikmat sebenar alam berumah tangga, Anita terpaksa menerima hakikat pahit yang dia harus kembali menjalani kehidupan secara solo. Anita dan JD berpisah empat tahun kemudiannya.

Pernikahannya yang keempat dengan Martin Cox, 47, atau nama Islamnya Mohamad Mahathir Abdullah dilangsungkan di sebuah masjid di Las Vegas pada Ogos 2001. Mahathir bagaimanapun telah memeluk Islam dan mempelajari selok-belok agama sebulan sebelum perkahwinan tersebut dilangsungkan.Mahathir yang berketurunan Inggeris merupakan pengurus Anita. Pengantin baru itu berkenalan pada penghujung tahun 1999. Bibit-bibit perkenalan yang membuahkan percintaan antara Anita-Mahathir itu bermula ketika Mahathir dan rakan-rakannya berkunjung ke Las Vegas untuk menonton aksi peninju dunia, Evander Holyfield [3]. Mahathir kemudian menjadi pengurus Anita ketika beliau mengambil keputusan untuk kembali menetap di Singapura dan Malaysia pada tahun 2002. Pada tahun 2012, Anita dan Mahathir menghilangkan diri daripada media dan peminat apabila pulang kembali ke Amerika Syarikat.

Rujukan

WikiPedia: Anita_Sarawak http://jaggat.fotopages.com/?entry=750128 http://allmalaysia.info/news/story.asp?file=/2005/... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://surf.to/anitasarawak https://www.discogs.com/Anita-Ismail-Keluarga-Baha... https://www.discogs.com/Anita-Ismail-Kesah-Dol-Dan... https://www.discogs.com/Anita-Live-At-The-Mandarin... https://www.discogs.com/Anita-Sarawak-Anita/releas...