Anjing_penjejak_Brazil

Anjing penjejak Brazil (Bahasa Portugis: cão rastreador brasileiro; Bahasa Inggeris: Brazilian tracker dog) ialah satu baka anjing besar dari Brazil, pertama kali diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada 1967, tetapi satu wabak penyakit, digabungkan dengan dos lampau racun serangga, memupuskan seluruh ternakan pembiakbakaan baka ini. FCI dan Confederação Brasileira de Cinofilia kemudian mengisytiharkan baka ini pupus pada 1973 dan menyahsenaraikannya.[1] Sejak itu, usaha dilakukan untuk mencipta baka ini semula. Anjing penjejak Brazil ialah satu baka anjing pemburu jenis anjing pemburu bau. Baka ini juga dikenali dengan nama "urrador" (sempena lolongan pemburuannya) atau "urrador Amerika", merujuk anjing pemburu rakun Amerika di latar belakangnya.[1]

Anjing_penjejak_Brazil

Negara asal Brazil
Catatan Satu baka pupus sedang dibina semula.
Nama lain Urrador
Urrador Amerika