Antifa_(Jerman)
Antifa_(Jerman)

Antifa_(Jerman)

Gerakan Antifa di Jerman terdiri dari beberapa kumpulan kiri jauh, autonomisme, militan dan individu yang menggambarkan diri mereka sebagai anti-fasis. Penggunaan gelaran fasis terhadap lawan dan pemahaman kapitalisme sebagai bentuk fasisme merupakan asas gerakan ini. Gerakan Antifa telah ada di pelbagai era dan penjelmaan. Pertubuhan asal Antifa ialah Antifaschistische Aktion (1932–1933), yang diasaskan oleh para penganut Stalinisme di Parti Komunis Jerman (KPJ) pada akhir Republik Weimar dan menganggap semua pihak selain KPJ ialah fasis.[1] Di zon pendudukan Soviet dan Jerman Timur, saki-baki anggota dari gerakan pertama diserap ke dalam Parti Sosialis Jerman dan menjadi sebahgian dari aparatus rasmi, ideologi dan bahasa,[2][3][3] perkataan "anti-fasisme" difahami terutama sebagai ideologi anti-kapitalis dan anti-imperalis, yang kemudian dijadikan "doktrin negara" Jerman Timur.[4]Gerakan Antifa moden berasal di Jerman Barat Pembangkang Außerparlamentarische (pembangkang ekstraparlimen), gerakan mahasiswa sayap kiri yang sebagian besar menggunapaki estetika dari gerakan pertama meskipun secara ideologi amat berbeza. Kumpulan Antifa pertama dalam tradisi ini diasaskan oleh Liga Komunis Maoisme pada awal 1970-an. Dari akhir 1980-an, pendudukan tanah Jerman Barat dan sayap kiri autonomisme merupakan penyumbamg utama bagi gerakan Antifa baru, bertentangan dengan gerakan sebelum ini yang cenderung bersandar kepada Anarko-Komunisme. Gerakan Antifa moden telah berpecah menjadi kumpulan dan faksi yang berbeza, termasuk satu faksi anti-imperialis dan anti-Zionis serta satu faksi anti-Jerman yang saling bertentangan satu sama lain, terutama mengenai pandangan mereka tentang Israel.Lembaga-lembaga Pemerintah Jerman seperti Pejabat Persekutuan untuk Perlindungan Perlembagaan dan Pejabat Persekutuan Pendidikan Masyarakat menggambarkan gerakan Antifa kontemporari sebagai sebahagian dari ekstremis kiri dan juga sebahagian dari kekerasan, kumpulan Antifa dipantau oleh pejabat persekutuan dalam konteks mandat hukumnya untuk memerangi ekstremisme,[5][6][7][8] pejabat persekutuan menyatakan bahwa tujuan mendasar dari gerakan Antifa ialah "perjuangan melawan dasar demokrasi liberal" dan kapitalisme.[5][7]