Antropomorfisme moe (萌え擬人化, moe Gijinka) adalah bentuk dari
antropomorfisme di mana ciri-ciri dari
moe diberikan kepada bukan manusia, objek, konsep, atau fenomena. Sebagai tambahan untuk ciri dari moe, antropomorfisme moe ini juga disifatkan dengan aksesori mereka, yang berfungsi untuk menekankan bentuk asal mereka sebelum antropomorfis. Watak
perempuan, biasanya dalam bentuk
cosplay, yang digambarkan sebagai penjelmaan dari benda tak bergerak atau produk popular, kerana garis tubuh wanita lebih berlekuk berbanding lelaki. Bahagian dari personafikasi humor ini datang dari keperibadian dianggap dari watak (kadang
satira) dan digunakan untuk mengenal pasti pelbagai mesin, objek, dan bahkan tempat fizikal sebagai sesuatu yang comel.Banyak dari watak perempuan mempunyai nama akhir-tan (たん), yang adalah pengucapan yang salah dari-chan (ちゃん), sebuah akhiran gelaran hormat kecil yang tidak formal dan intim untuk seseorang yang digunakan orang untuk teman, keluarga, dan haiwan peliharaan. Pada kes ini, sebutan salah dilakukan secara sengaja untuk menimbulkan kesan daya tarik dan menunjuk-nunjuk yang pada umumnya dikaitkan dengan budak.Bentuk antropomorfisme ini sangat umum dikalangan para otaku , Dengan pengecualian atas kemonomimi (yang berbentuk seperti manusia dan mempunyai ciri binatang), banyak antropomorfiasi moe bermula kerana adanya kegiatan dojin . Banyak dari moe tersebut berasal dari perbincangan di forum internet Jepun seperti
2channel atau
Futaba Channel. Akhir-akhir ini, trend
dōjin ini semakin meningkat dalam bentuk anime dan manga komersial seperti Binchō-tan dan 090 Eko to Issho yang menghadirkan watak personifikasi dari objek tak bergerak.