Jenis Antropomorfisme_moe

Beberapa contoh gadis kemonomimi.

Haiwan

Kemonomimi, secara harfiah bererti "telinga haiwan", adalah konsep menggambar haiwan sebagai bishōjo atau membuat bishōjo menggunakan aksesori haiwan (seperti telinga atau ekor. Gadis kucing/Nekomimi adalah yang paling dikenali dalam kategori ini, walaupun gadis kelinci, rubah, dan anjing juga popular . Watak kemonomimi pada umumnya berwujud manusia kecuali lebih menekankan ciri haiwannya.

Komputer

Opera-tan, sebuah personifikasi dari pelayar web Opera.

Walaupun Chobits (2001) dan Toy's iMac Girl (1998) diperkenalkan dahulu, penyebaran meme untuk mengubah hal berkenaan komputer menjadi moe belum dimulakan sehingga munculnya Shiitake-chan (しいたけちゃん), antorpomorfisme dari butang Stop pada Internet Explorer. Ide Shiitake-chan diperkenalkan pada tahun 2001 di forum 2channel, di mana sebuah poster yang mengakui bahawa dia melihat butang Stop sebagai shiitake.[1] Sejak itu, Shiitake-chan menjadi permulaan antropomorisme moe.

Selepas itu, Shiitake-chan diikuti oleh OS-tan pada tahun 2003. Konsep ini dikatakan sebagai personifikasi dari persepsi umum bahawa Windows Me tidak stabil dan operasinya sangat lembab. Perbincangan pada Futaba Channel menyukai akan stereotaip dari gadis berubah-ubah dan bermasalah. Personifikasi ini semakin meluas, dengan terciptanya Me-tan (6 Ogos 2003) diikuti oleh watak lain. Gadis Mac OS X, Linux, dan Linspire juga muncul dalam Internet dan beberapa watak lelaki muncul pada beberapa program aplikasi dan perangkat keras. Contoh terkenal dari moe lelaki adalah Norton AntiVirus, yang digambarkan sebagai doktor tua yang bermuka seram.

Sejak pembuatan OS-tan, perisian dan beberapa laman web juga membuat antropomorfisme. Sebagai contoh, laman web Wikipedia ini mempunyai Wikipe-tan sendiri, sementara perisian Mozilla mempunyai antropomorfisme musang sendiri. Pengguna internet Cina juga membuat moe "Green Dam Girl" sebagai parodi kepada penapisan internet Cina Green Dam Youth Escort.[2]

Peranti keras askar

Rencana utama: Mecha Musume

Mecha Musume adalah gadis yang digambarkan sebagai antropomorfik dari peranti askar, seperti kereta kebal, kapal, pesawat terbang atau bahkan peluru berpandu. Subjek terkenal dari antropomorfisme jenis ini termasuk kendaraan askar saat Perang Dunia II, koleksi figura kenderaan mecha Musume telah pun dikeluarkan.

MS shōjo (atau gadis Gundam) adalah jenis lain dari mecha musume. Mereka mendahului trend menukarkan senjata sebenar menjadi gadis, gadis sebagai Gundam pertama kali muncul dalam cetakan pada 1980-an. MS shōjo adalah robot mecha yang digambarkan dalam bentuk gadis, selalu muncul dalam model gundam atau zaku. Para gadis ini juga mempunyai helmet, baju perisai, dan/atau pedang beam. MS disini adalah singkatan dari Mobile Suit.

Mecha-Musume dan kemonomimi bertemu dalam anime Strike Witches, yang menghadirkan gadis penyihir yang memanfaatkan sihir dan teknologi untuk bertempur dalam perang. Mereka mengambil karakteristik Mecha-Musume pada perangkat penyerang yang mereka gunakan dan sebagai nama/kebangsaanmereka, dan kemonomimi saat mereka berubah, mereka mempunyai telinga dan ekor hewan.

Kenderaan

Disebabkan peminat keretapi yang ramai di Jepun, antropomorfisme dari keretapi juga sangat biasa dijumpai. Walaupun pada awalnya antropomorfisme tersebut hanya pada muka depan kereta (seperti mata pada kaca depan kereta), pada 2000-an mereka menjadi lebih dan lebih humanoid disebabkan oleh pengaruh budaya otaku. Dalam kes seperti ini, gadis sering dilukis supaya pakaian yang dipakai mencerminkan reka bentuk hadapan kereta yang pertama dan warna syarikat keretapi yang mengoperasi kereta api. Sesungguhnya, personifikasi yang sebegitu banyak mengenai pengendali kereta api seperti kereta api itu sendiri.[petikan diperlukan]

Jenis antropomorfisme timbul daripada hakikat bahawa terdapat pertindihan yang ketara dalam peminat keretapi dan otaku,[petikan diperlukan] dan antropomorfisme itu adalah produk cinta mereka terhadap kereta api. Walau bagaimanapun, tidak semua peminat keretapi di Jepun adalah otaku, dan dengan itu beberapa peminat keretapi melihat antropomorphisme sebagai penghinaan.

Keretapi yang terkenal adalah Fastech 360, yang digambarkan dengan telinga kucing disebabkan oleh ruang brek angin kecemasan. Dinamakan sebagai "Fastech-tan", beberapa "gadis keretapi" ini mempunyai figuranya sendiri, dan dijual dengan izin dari Syarikat Kretapi Timur Jepun.[3] Tidak seperti Mecha Musume atau OS-tans personifikasi dari rekabentuk keretapi ini jarang didapati diluar Jepun; kecuali pada Eurostar dan KCR Hong Kong EMU SP1900 (dipanggil "Princess SP1900").[4]

Gadis yang bermodel menyerupai kapal terbang juga sangat terkenal. Sama seperti keretapi, gadis ini memakai baju dengan warna syarikat penerbangan yang mengoperasikan pesawat tersebut.

Kereta dan motorsikal juga kadang-kadang menjadi subjek antropomorfisme.

Lain-lain

"Meido", penjelmaan tukang cuci (seseorang yang memadam peraturan pecah dan di luar topik kiriman) di /jp/(Kebudayaan Otaku) forum daripada 4chan.

Perkara-perkara lain juga telah diberi ciri-ciri moe:

Objek-objek angkasaObjek angkasa yang terdiri daripada Pluto dan Charon (bulan), dll. Pluto digambarkan sebagai budak yang tidak diinginkan dari pengtakrifan semula maksud planet.ArangBerdasarkan binchōtan dan beberapa jenis arang, anime dan manga Binchō-tan yang menggunakan dajare dalam bahasa Jepun untuk arang (炭, tan) untuk menciptakan siri dengan beberapa gadis comel.RokokSatu set "Gadis Rokok" dilukis untuk mewakili jenama rokok yang berbeza di Jepun.Kedai serbenekaSatu siri antropomorphisms moe kedai serbaneka telah diklasifikasikan sebagai Conven-tan.Watak-watak dalam Hetalia: Axis Powers adalah contoh antropomorfisme moe menggunakan lelaki comel daripada perempuan comel.NegaraDengan adanya personifikasi negara, versi moe dari pelbagai negara diwujudkan. Sebagai contoh, moe Jepun adalah Nihon-chan,[5] Afghanistan adalah Afuganisu-tan — keduanya mempunyai komik web sendiri di Jepun. Tetapi luar daripada ini, negara-negara dalam Hetalia: Axis Powers,[6][7] sebuah manga yang menggunakan negara yang terlibat dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II digambarkan dalam watak lelaki daripada watak perempuan, hanya sedikit sahaja watak perempuan diletakkan. Ia adalah hiburan yang lebih nyata daripada yang serupa tetapi lebih berpendidikan khususnya Afuganisu-tan.MakananHabanero-tan, adalah maskot tidak rasmi dari Bōkun Habanero; dan Bisuke-tan untuk biskut yang dijual oleh KFC di Jepun. Siri novel ringan Akikan! juga mempunyai kaleng soda yang secara ajaib berubah menjadi gadis. Perasa jeli juga diantropomorfiskan.[8]Perkakasan rumahPermainan komputer erotik seperti Like Life dan Monogokoro, Monomusume yang menampilkan perkakasan rumah sebagai gadis. Perkakasan rumah ini termasuk mesin basuhi, jam penggera, pemadam papan hitam, bantal, kotak pertolongan cemas, telefon bimbit, dan peti surat, dll.Undang-undangElemen perlembagaan Jepun telah diantropomofiskan kepada gadis moe, seperti Perkara 9, yang menghalang Jepun dari berperang, "digambarkan sebagai gadis yangcintakan keamanan."[9]PokémonAntropomorfisme moe Pokémon sangat terkenal dalam perisian Pokémon Jepun, di mana mereka tampil sebagai anggota Pokémon Mystery Dungeon. Ada pelbagai jenis di mana setiap Pokémon berbentuk moe, yang selalu digambarkan adalah Gardevoir, yang berbentuk seperti manusia.PolitikPada tahun 2010, pengguna dari papan Berita Terkini pada 2channel telah mencipta Hinomoto Oniko sebagai seorang antropomorfisme daripada penghinaan yang biasa digunakan dalam kaum Cina digunakan terhadap Jepun, 日本鬼子 (dibaca sebagai pinyin: Rìběn guǐzi dalam Bahasa Cina), secara literal bermaksud "syaitan Jepun". Watak itu dibuat oleh komuniti 2channel sebagai tindak balas untuk berkembang sentimen anti-Jepun di kalangan pengguna internet Cina dalam talian, dan telah menjadi satu meme Internet dalam papan imej Jepun dan forum. Bagi orang Jepun, pembacaan kun'yomi dari kanji yang membentuk penghinaan kaum yang boleh ditafsirkan sebagai nama peribadi wanita, dan maka watak yang digambarkan sebagai seorang perempuan muda memakai pakaian tradisional Jepun kimono, bersama-sama dengan tanduk syaitan dan katana.[10]Angel dalam Neon Genesis EvangelionAngel Chromosome XX[11] adalah satu siri baru-baru ini figura daripada WAVE, GAINAX, dan Sgt. Frog artis Mine Yoshizaki yang menampilkan pelbagai Angels dari anime dalam bentuk antropomorfik.Watak TokusatsuSering diaplikasikan pada Kamen Rider, terdiri dari gadis-gadis yang mengenakan pakaian yang terinspirasi oleh baju zirah pahlawan, dan helm berpola yang berdasarkan helm pahlawan, sehingga wajah mereka tetap tertutup.

Rujukan

WikiPedia: Antropomorfisme_moe http://www.animenewsnetwork.com/interest/2011-06-2... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2011-07-1... http://www.toyboxarts.com/gallery/extra/mbabes-iCa... http://princesssp1900.sohome.info http://www.gainax.co.jp/goods/angel_xx/index.html http://www.geocities.jp/himaruya/ http://www.geocities.jp/himaruya/hetaria/ http://www.geocities.jp/nannbakumi/tobira/top.htm http://www32.ocn.ne.jp/~ivynet/lineup002.htm http://salami.2ch.net/entrance/kako/1005/10053/100...