Antropologi

Anthropologi merupakan kajian berkenaan kemanusiaan. Bidang anthropologi berasal dari sains semulajadi, kemanusiaan, dan sains sosial.[1] Istilah anthropologi", disebut /ænθrɵˈpɒlədʒi/, adalah dari istilah Yunani ἄνθρωπος, anthrōpos, "human", and -λογία, -logia, "discourse" atau "kaji", dan pertama kali digunakan oleh François Péron ketika berbincang mengenai pertembungannya dengan masyarakat Pribumi Tasmania.[2]Matlamat asas anthropologi adalah "Apa yang mentakrifkan Homo sapiens?", "Siapakan leluhur Homo sapiens moden?", "Apakah ciri fizikal manusia?", "Bagaimana perangai manusia?", "Kenapa terdapat perbezaan dan perbezaan antara kumpulan manusia berbeza?", "Bagaimana evolusi lalu Homo sapiens mempengaruhi organisasi dan budayanya?" dan seterusnya.Di Amerika Syarikat, anthropologi semasa dibahagi kepada empat bidang kecil: anthropologi budaya (juga dikenali sebagai " anthropologi sosial"), arkeologi, anthropologi bahasa, dan anthropologi biologi/fizikal.[3] Apa yang digelar pendekatan "empat bidang " kepada anthropologi dibayangkan dalam kebanyakan buku teks belum ijazah(“undergraduate”) [4] dan juga program anthropologi (contoh. Michigan, Berkeley, Penn, etc.). Di universiti di United Kingdom, dan kebanyakan Eropah, "bidang-kecil " biasanya ditempatkan di jabatan berlainan dan dilihat sebagai displin berbeza.[5]Bidang kecil sosial dan budaya telah dipengaruhi oleh teori strukturalist dan pos-moden, termasuk juga peralihan terhadap analisa budaya moden (arena lebih kebiasaan bidang sosiologist). Semasa 1970-an dan 1980-an terdapat peralihan epistemologikal dari tradisional positifnes yang sebelumnya membentuk bidang tersebut.[6] Semasa perubahan ini, persoalan berkekalan mengenai sifat dan penghasilan pengetahuan mula menduduki tempat utama dalam anthropologi budaya dan sosial. Sebaliknya, arkeologi, anthropologi biologikal, dan anthropologi bahasa kebanyakannya kekal positif. Kerana perbezaan dalam epistemologi, antropologi sebagai sebuah disiplin memiliki kekurangan kohesi selama beberapa dekad terakhir. Hal ini bahkan telah menyebabkan jabatan berpecah, misalnya pada tahun 1998-9 akademik di Universiti Stanford, di mana "saintis" dan "bukan-saintis" dibahagikan menjadi dua jabatan: antropologi, dan sosial budaya & Antropologi. .[7] (Antropologi di Stanford kemudian disatukan pada tahun akademik 2008-9)[8]