Sejarah Antropologi

Penggunaan pertama kali istilah "anthropologi" dalam penerbitan Inggeris yang diketahui merujuk kepada sains semulajadi kemanusiaan muncul pada 1593, "…logi" yang pertama dicipta.[28] Immanuel Kant mengambil masa 25 tahun bagi menulis treatises utama pertama berkenaan anthropologi, Anthropology from a Pragmatic Point of View.[29] Bagaimanapun, Kant pada umumnya tidak dianggap sebagai anthropologist moden, kerana dia tidak pernah meninggalkan wilayah Jerman maupun mengkaji sebarang budaya kecuali budayanya sendiri, malah, menggambarkan keperluan anthropologi sebagai bidang sampingan kepada bidang utama falsafahnya.[30] Dia bagaimanapun, mula mengajar kursus tahunan mengenai anthropologi pada 1772. Dengan itu, anthropologi merupakan usaha Tempoh Kesedaran (“Age of Enlightenment”) dan selepasnya.

Sejarawan antropologi, seperti Marvin Harris,[31] menunjukkan dua rangka kerja utama yang membawa kepada empirik antropologi: minat bagi membandingkan manusia merentasi ruang dan kepentingan manusia dari segi proses manusia jangka panjang atau manusia bagai dilihat menerusi masa. Harris menetapkan tarikh keduanya pada Greek klasik dan Rom Klasik, khususnya Herodotus, yang sering digelar "bapa sejarah" dan sejarawan Tacitus Rom Purba, yang menulis kebanyakan gambaran semasa mengenai Celtic dan masyarakat Jerman. Herodotus pertama kali merumuskan beberapa masalah yang kekal bagi antropologi .[32]

Sarjana Zaman Pertengahan boleh juga dianggap sebagai pelopor antropologi moden, darisegi mereka melakukan atau menulis kajian terperinci mengenai adat istiadat masyarakat dianggap "berbeza" dari diri mereka sendiri dalam hal geografi. John of Plano Carpini melaporkan mengenai dia tinggal di kalangan kaum Mongol. Laporannya luar biasa dari segi gambaran terperinci mengenai budaya bukan-Eropah[33].

Penelitian bersistematik Marco Polo mengenai alam semulajadi, anthropologi, dan geografi adalah satu lagi contoh mengkaji kepelbagaian manusia merentasi ruang.[34] Pengembaraan Polo membawa dirinya merentasi persekitaran manusia yang begitu berbeza dan gambarannya mengenai orang-orang yang ditemuinya ketika dia mengembara adalah begitu terperinci sehinggakan ia Polo digelar "bapa anthropologi moden."[35]

Calon lain sebagai ilmuwan pertama yang melakukan kajian etnografi perbandingan bagi manusia adalah cendekiawan berbangsa Parsi, Abu Rayhan Biruni yang menulis tentang bangsa, adat istiadat, dan agama dari benua India pada abad ke-11. Seperti mana antropologi moden, dia terbabit dengan banyak pemantauan penyertaan dengan sekumpulan orang tertentu, belajar bahasa mereka dan mempelajari teks-teks utama mereka, dan membentangkan penemuannya dengan objektif dan berkecuali dengan menggunakan perbandingan merentas budaya.[36] Bagaimanapun, terdapat yang lain berpendapat bahawa dia tidak boleh dianggap sebagai antropologi dalam erti konvensional.[37]Dia menulis kajian perbandingan terperinci berkenaan ugama dan kebudayaan di Timur Tengah, Lembangan Mediterranean dan terutamanya Asia Selatan.[38][39] Tradisi Biruni bagi kajian perbandingan merentasi budaya diteruskan di dunia Muslim sehingga kajian Ibn Khaldun pada abad ke- 14.[36][40]

Terdapat sarjana yang menganggap anthropologi moden sebagai pertumbuhan dari Zaman Pemulihan, tempoh bilamana orang-orang Eropah cuba mengkaji tabiat manusia secara sistematik, kepelbagaian yang meningkat sejak abad ke- 15 hasil gelombang penjajahan Eropah pertama. Tradisi jurisprudence, sejarah, filologi, dan sosiologi kemudian berkembang kepada sesuatu yang lebih menyerupai pandangan moden bagi bidang ini dan perkembangan maklumat sains kebudayaan, yang turut merangkumi anthropologi.

Perkembangan dalam kajian sistematik ke atas peradapan kuno melalui bidang Klasik dan Mesir Purba memberikan maklumat bagi archaeology dan kemudiannya anthropologi kemasyarakatan, sebagaimana juga kajian ke atas bahasa dan kebudayaan Timur dan Asia Tenggara. Pada masa yang sama, tindak balas golongan Romantik kepada Kebangkitan semula (“Enlightenment”) menghasilkan pemikir, seperti Johann Gottfried Herder dan kemudiannya Wilhelm Dilthey, yang hasil kerja mereka membentuk "konsep budaya," yang merupakan pusat bagi bidang ini.

Jadual sejarah semulajadi, 1728 Cyclopaedia

Antropologi awal terbahagi kepada para penyokong evolusi satu garisan (unilinealism), yang menyatakan bahawa semua masyarakat melalui satu proses evolusi tunggal, dari yang paling primitif sampai yang paling canggih, dan berbagai bentuk teori tidak-langsung, yang cenderung untuk menerima idea-idea seperti penyebaran “diffusionism” [41] Sebahagian besar pemikir teori kemasyarakatan abad ke- 19, termasuk anthropologis, melihat masyarakat bukan-Eropah sebagai tingkap kepada manusia sebelum industri yang lalu.

Ketika bidang akademik mula berpecah sepanjang abad ke- 19, anthropologi menjadi semakin berbeza berbanding pendekatan biologi sejarah alam semulajadi, di satu pihak, dan dari sejarah tulin atau bidang-bidang sastera seperti Klasik, di pihak yang lain. Kritikan biasa adalah ramai sarjana sains sosial (seperti ekonomi, sosiologi, dan psikologi) di negara-negara Barat memberi tumpuan tidak sekata pada subjek Barat, sedangkan antropologi memberi fokus yang tidak seimbang pada yang lain;[42] ia berubah sepanjang akhir abad ke-20 ketika para anthropologi semakin mendalami subjek Barat, terutama kelainan merentasi kelas masyarakat, daerah, atau ethnic dikalangan masyarakat Barat, dan pakar sains masyarakat lain semakin mengambil pandangan sejagat dalam bidang mereka.

Abad ke-20

Pada abad kedua puluh, bidang akademik seringkali dibadankan sebagai institusi dan dibahagi menjadi tiga domain yang luas. Sains Ilmu alam dan biologi berusaha untuk menghasilkan hokum umum melalui ujikaji yang boleh diulang dan boleh disahkan. Kemanusiaan pada umumnya mengkaji tradisi-tradisi tempatan, melalui sejarah mereka, sastera, muzik, dan seni , dengan penekanan untuk memahami individu-individu, peristiwa, atau era tertentu.

sains sosial pada umumnya cuba untuk membangunkan kaedah saintifik untuk memahami fenomena sosial dengan cara umum, sungguhpun biasanya dengan kaedah yang berbeza berbanding sains semula jadi. Khususnya, sains sosial sering mengembangkan keterangan statistik, dan bukannya hokum umum seperti dihasilkan dalam bidang fizik dan kimia, atau mereka mungkin menjelaskan kes-kes individu melalui prinsip-prinsip yang lebih umum, sebagaimana dalam kebanyakan bidang psikologi. Antropologi (dalam beberapa bidang sejarah) tidak mudah dimasukkan dalam kategori ini, dan cabang-cabang antropologi berlainan menggunakan satu atau lebih daripada bidang ini.[43]

Antropologi sebagaimana ia berkembang dikalangan kuasa penjajah Barat (disebutkan di atas) secara umum mengambil laluan berbeza berbanding yang di negara-negara di Eropah selatan dan tengah (Itali, Greek, dan Pengganti kepada Austria -Hungary dan Empayar Uthmaniyyah). Pada yang sebelumnya, pertembungan dengan beberapa, budaya yang jauh berbeza, sering kali sangat berbeza dari segi organisasi dan bahasa berbanding orang-orang Eropah, telah menyebabkan penekanan berterusan kepada perbandingan lintas-budaya dan terbuka terhadap perbandingan budaya tertentu. [44]

Sebaliknya, di negara-negara pewaris dari benua Eropah, para antropologi sering bergabung dengan ahli bahasa dan cerita rakyat (“folklorists “) bagi membina sudut pandangan kebangsaan. Para etnologi di negara-negara ini cenderung untuk menumpukan pada perbezaan antara kumpulan-kumpulan etnik tempatan, mendokumentasikan budaya rakyat tempatan, dan mewakili prasejarah dari apa yang telah menjadi sebuah bangsa melalui pelbagai bentuk pendidikan awam (contohnya, pelbagai jenis muzium) [45]

Dalam skim ini, Russia menduduki posisi tengah. Di satu sudut, ia memiliki wilayah besar (terutama timur Ural) yang sangat berbeza, pra-industri, sering orang-orang tidak-terpelajar, serupa dengan situasi di Amerika Syarikat. Di sisi lain, Russia juga terbabit pada beberapa peringkat dalam pergerakan kebangsaan (“nasionalis”) (budaya dan politik) bagi Eropah Tengah dan Eropah Timur. Selepas Revolusi tahun 1917, antropologi di Kesatuan Soviet, dan kemudian negara-negara Blok Soviet, amat dipengaruhi oleh keperluan untuk menyesuai dengan teori evolusi sosial Marxsis [46]