Anugerah_Akademi_ke-89

Anugerah Akademi ke-89 ialah acara penghargaan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2016. Anugerah ini diadakan pada 26 Februari 2017 di Dolby Theatre, Hollywood, Los Angeles, 17:30 PST. Tahun ini, AMPAS akan mempersembahkan Anugerah Akademi (juga dikenali sebagai Oscar) dalam 24 kategori. Acara ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC dan diterbitkan Michael De Luca dan Jennifer Todd. [1][2] Pengacara televisyen Jimmy Kimmel akan membawakan acara ini untuk pertama kali.[3]Selain itu, Akademi mengadakan Anugerah Gabenor ke-8 di Grand Ballroom Hollywood and Highland Center pada tarikh 12 November 2016.[4] Pada 11 Februari 2017, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal akan dipersembahkan di Beverly Wilshire Hotel di Beverly Hills, California.La La Land mendapat 14 pencalonan (rekod ini juga dicapai oleh All About Eve dan Titanic), termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik untuk Damien Chazelle, Pelakon Terbaik untuk Ryan Gosling, dan Pelakon Terbaik untuk Emma Stone.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Akademi_ke-89 http://www.bbc.com/news/entertainment-arts-3725338... http://deadline.com/2016/09/governors-awards-2016-... http://oscar.go.com/ http://oscar.go.com/news/2016/academy-announces-ja... http://oscar.go.com/news/oscar-news/jimmy-kimmel-t... http://oscar.go.com/news/oscar-news/michael-de-luc... http://www.hollywoodreporter.com/news/jackie-chan-... http://www.thewrap.com/jackie-chan-frederick-wisem... http://variety.com/2017/film/awards/oscars-justin-... http://variety.com/2017/film/news/oscars-presenter...