Anugerah_Planet_Muzik_2009

Anugerah Planet Muzik 2009 merupakan edisi penghargaan Anugerah Planet Muzik yang ke-9, yang berlangsung pada 18 Julai 2009 yang untuk pertama kalinya diadakan di Jakarta, Indonesia, di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta Pusat.[3] Anugerah ini dihoskan oleh pelakon dan bekas VJ MTV Indonesia Nirina Zubir, pengacara Malaysia Aznil Nawawi dan penyampai radio Ria 89.7FM Aura Shai. Walaupun sebelum insiden peristiwa bom di hotel Ritz-Carlton dan JW Marriott[4] sehari sebelum persembahan, ia tidak mematahkan semangat pemuzik dari Singapura, Malaysia dan Indonesia untuk memeriahkan Anugerah Planet Muzik ke-9.[5][6]Anugerah Planet Muzik 2009 diadakan dengan kerjasama MediaCorp Suria dan MediaCorp Radio - Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM - serta Beyond Events Sdn. Bhd. dan Global TV Indonesia dan mendapat sokongan daripada organisasi muzik bersekutu seperti Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Asosiasi Industri Rekaman Indonesia (ASIRI), Yayasan Anugerah Musik Indonesia (YAMI) serta Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus). Ia disiarkan secara langsung oleh MediaCorp Suria di Singapura, Astro Ria di Malaysia dan Global TV di Indonesia.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Planet_Muzik_2009 http://www.antaranews.com/view/?i=1247835002&c=NAS... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mediacorpradio.sg/archive071.htm https://hot.detik.com/music/1142869/anugerah-plane... https://hot.detik.com/music/1142893/afgan-dan-huja... https://hot.detik.com/music/d-1167838/bcl-gemetar-...