Armando Diaz, 1st Duke of the Victory (5 Disember 1861 – 28 Februari 1928) adalah seorang panglima perang tersohor
Itali semasa
Perang Dunia Pertama dan merupakan seorang
Marsyal Itali.Dilahirkan di Naples kepada bapa yang berketurunan
Sepanyol, dan ibu berketurunan Itali (Irene Cecconi), Diaz memulakan kerjaya tentera sebagai pelajar di Akademi Tentera
Turin, di mana beliau menjadi seorang pegawai
artileri. Beliau adalah seorang kolonel memerintah Infantri ke-93 semasa
Perang Itali-Turki, dan menjadi Mejar Jeneral pada tahun 1914. Ketika
Perang Dunia Pertama meletus, beliau telah ditugaskan ke markas besar sebagai ketua operasi unit tersebut di bawah Jeneral
Luigi Cadorna. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Jeneral 2-bintang pada bulan Jun, 1916, dan mengambil alih pemerintahan Divisyen ke-49 dan kemudian Kor ke-23.
Pertempuran Caporetto, pada bulan Oktober 1917, adalah bencana kepada tentera, dan pada 8 November 1917, beliau telah dipanggil untuk menggantikan Cadorna sebagai ketua staf am. Setelah tentera kembali pulih, beliau mengatur tentangan pada tahun 1917 di bongkah
Monte Grappa dan di sepanjang
Sungai Piave, dimana berjaya menghentikan serangan Austria. Pada musim panas tahun 1918 beliau menyelia kemenangan dalam
Pertempuran Sungai Piave dan kemudiannya pada tahun mengetuai tentera Itali dalam
Pertempuran Vittorio Veneto, yang mengakhiri perang di
perbatasan Itali. Dengan kata-kata terkenalnya
Bollettino della Vittoria (Ucapan Kemenangan), beliau menyampaikan ucapan kekalahan tentera Austria dan kemenangan orang Itali dalam peperangan.Pada November 1, 1921 Diaz berada di
Kansas City bagi menghadiri majlis pecah tanah untuk tugu
Memorial Liberty yang sedang dibina di sana. Turut hadir pada hari itu adalah Leftenan Jeneral
Baron Jacques dari
Belgium, Laksamana
David Beatty dari
Great Britain, Marsyal
Ferdinand Foch dari
Perancis, dan Jeneral
John J. Pershing dari
Amerika Syarikat. Salah seorang penceramah utama ialah Naib Presiden
Calvin Coolidge dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1935 ukiran-ukiran Jacques, Foch, Diaz, dan Pershing oleh pemahat
Walker Hancock telah ditambah pada tugu memorial.Selepas perang Armando Diaz telah dilantik sebagai senator. Pada tahun 1921 beliau telah dijadikan ahli bangsawan oleh Raja
Victor Emmanuel III dan diberi
gelaran Duca della Vittoria Pertama ("Duke of Victory").
Benito Mussolini menamakan beliau Menteri Perang, dan beliau telah dinaikkan pangkat ke
Fil Marsyal. Selepas bersara, pada 4 November 1924, beliau telah diberi penghormatan sebagai
Marsyal Itali (Maresciallo d'Italia). Diaz meninggal dunia di Rom pada tahun 1928; beliau telah dikebumikan didalam gereja
Santa Maria degli Angeli e dei Martiri, bersebelahan dengan Laksamana Besar
Paolo Thaon di Revel yang mati 20 tahun kemudian.