Asha_Bhosle
Asha_Bhosle

Asha_Bhosle

Asha Bhosle[1] (lahir 8 September 1933), ialah penyanyi latar India. Beliau terkenal dengan nyanyian latarnya di pawagam Hindi, walaupun beliau mempunyai repertoir yang lebih luas.[2][3][4] Kerjaya Bhosle bermula pada tahun 1943 dan telah melangkaui lebih dari enam dekad. Beliau telah menyanyi latar untuk lebih seribu filem Bollywood. Di samping itu, beliau telah merakamkan beberapa album peribadi dan menyertai pelbagai konsert solo di India dan luar negara.[5][6] Pada tahun 2006, Asha Bhosle menyatakan bahawa beliau telah menyanyikan lebih daripada 12,000 lagu,[7] angka yang diulangi oleh beberapa sumber lain.[8][9] Pada tahun 2011, beliau telah diperakui secara rasmi diakui oleh Guinness Book of World Records sebagai artis yang paling dirakam dalam sejarah muzik.[10] Kerajaan India mengiktiraf beliau dengan Anugerah Dadasaheb Phalke pada tahun 2000 dan Padma Vibhushan[11] pada tahun 2008. Bhosle ialah adik kepada penyanyi Lata Mangeshkar. Terkenal dengan julat suara soprano beliau[12] dan sering dikreditkan untuk serba boleh beliau, [2][13][14] karya Bhosle termasuk muzik filem, pop, ghazal, bhajan, tradisional muzik klasik India, lagu-lagu rakyat, Qawwalis dan Rabindra Sangeets. Selain dari bahasa Hindi, beliau telah menyanyikan lebih dari 20 bahasa India dan asing.[8] Pada tahun 2013, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Mai, dan menerima pujian kritis untuk persembahannya.

Asha_Bhosle

Pekerjaan penyanyi latar
Ibu bapa Deenanath Mangeshkar
Shevanti Mangeshkar
Kepujian Padma Vibhushan (2008)
Pasangan Ganpatrao Bhosle (k. 1949; sep. 1960)
R. D. Burman (k. 1980; m. 1994)
Anugerah
Anak Hemant Bhosle
Varsha Bhosle
Anand Bhosle
Tahun aktif 1943–kini
Nama lain Asha Ji
Saudara Lata Mangeshkar (kakak)
Meena Mangeshkar (kakak)
Usha Mangeshkar (adik)
Hridaynath Mangeshkar (adik)
SD Burman (bapa mertua)
Kelahiran Asha Mangeshkar
(1933-09-08) 8 September 1933 (umur 86)
Sangli, Negara Sangli, British India (kini Maharashtra, India)

Rujukan

WikiPedia: Asha_Bhosle http://www.hindu.com/2001/05/18/stories/09180701.h... http://www.hindu.com/2008/01/26/stories/2008012659... http://www.hindu.com/fr/2003/09/26/stories/2003092... http://www.hindu.com/mp/2008/06/07/stories/2008060... http://www.hindustantimes.com/I-am-honoured-after-... http://www.imdb.com/name/nm0080427/ http://specials.rediff.com/movies/2006/aug/23sld7.... http://www.vashi2panvel.com/Navi-Mumbai-News/index... http://www.vashi2panvel.com/Navi-Mumbai-News/item/... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=...