Lata_Mangeshkar
Lata_Mangeshkar

Lata_Mangeshkar

Lata Mangeshkar (lahir 28 September 1929) ialah seorang penyanyi latar dan pengarah muzik India. Beliau ialah salah seorang penyanyi latar yang terkenal dan dihormati di India.[2][3] Beliau telah merakamkan lagu di lebih seribu filem Hindi dan telah menyanyikan sejumlah 36 lagu bahasa India serantau dan bahasa asing, kebanyakannya dalam Marathi, Hindi, dan Bengali.Anugerah Dadasaheb Phalke telah dikurniakan kepada beliau pada 1989 oleh Kerajaan India. Pada tahun 2001, atas sumbangannya pada negara, beliau dianugerahkan Bharat Ratna, penghargaan awam tertinggi India dan kedua di belakang, selepas M. S. Subbulakshmi, yang menerima penghargaan ini.[4] Perancis mengurniakan beliau anugerah awam teriinggi (Officer of the Legion of Honour) pada 2007.Beliau ialah penerima tiga Anugerah Filem Kebangsaan, 15 Anugerah Persatuan Wartawan Filem Bengal, empat Anugerah Penyanyi Latar Wanita Terbaik Filmfare, dua Anugerah Khas Filmfare, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Filmfare dan banyak lagi. Pada tahun 1974, beliau menjadi rakyat India pertama yang beraksi di Royal Albert Hall.Beliau mempunyai empat adik-beradik—Meena Khadikar, Asha Bhosle, Usha Mangeshkar, dan Hridaynath Mangeshkar—di mana beliau ialah anak sulung.

Lata_Mangeshkar

Pekerjaan Penyanyi latar, pengarah muzik, penerbit
Ibu bapa Deenanath Mangeshkar (bapa)
Shevanti Mangeshkar (ibu)
Kepujian
Tahun aktif 1942–kini
Anugerah
Nama lain Queen of Melody, Voice of the Nation, Voice of the Millennium, Nightingale of India
Warganegara India
Saudara Meena Khadikar (adik)
Asha Bhosle (adik)
Usha Mangeshkar (adik)
Hridaynath Mangeshkar (adik)
Kelahiran Hema Mangeshkar
(1929-09-28) 28 September 1929 (umur 90)[1]
Indore, Negara Indore, Agensi India Tengah, British India
(kini Madhya Pradesh, India)