Asia_Television_Limited
Asia_Television_Limited

Asia_Television_Limited

Asia Television Limited (Cina Tradisional: 亞洲電視有限公司; pinyin: Yàzhōu Diànshì Yǒuxiàn Gōngsī) merupakan stesen televisyen pertama Hong Kong yang mula-mulanya bernama Rediffusion, sebelum distrukturkan dan dinamakan semula menjadi "Asia Television Limited" pada tahun 1982.Kini, ATV merupakan salah satu daripada dua buah penyiar percuma di Hong Kong, di samping musuh ketatnya Television Broadcasts Limited (TVB). ATV mengendali lapan saluran dalam udara penyiaran Hong Kong, termasuk dua buah saluran utama, iaitu Home dan World, yang masing-masing berbahasa Kantonis dan Inggeris; dan enam buah lagi yang bersiaran digital melalui platform DMB-T. ATV juga menyiarkan satu versi saluran Home untuk penduduk di Amerika Utara.ATV juga telah menjalin hubungan rapat dengan Guangdong TV untuk memastikan kerjasama yang utuh dalam penghasilan rancangan, pengiklanan dan jualan.ATV turut meraih berbagai-bagai anugerah bagi rancangan-rancangannya, termasuk versi tempatan rancangan permainan Who Wants To Be A Millionaire(百萬富翁), yang dilancarkan di United Kingdom pada tahun 1998. Pada tahun 2001, ATV membeli hak penerbitan bagi pasaran Hong Kong, lalu menikmati kenaikan taksiran penontonnya dan mencetuskan lawannya TVB membikin rancangan permainan yang seumpamanya.