Azerbaijan
Azerbaijan

Azerbaijan

Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan), secara rasmi dipanggil Republik Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan Respublikası), ialah sebuah negara di Kaukasus selatan. Terletak pada simpang jalan Eropah Timur dan Asia Tenggara, Azerbaijan menyempadani Laut Caspian di timur, Rusia di utara, Georgia di barat laut, Armenia di barat, dan Iran di selatan. Republik Autonomi Nakhichevan (sebuah enklaf Azerbaijan) menyempadani Armenia di utara dan timur, Iran di selatan dan barat, dan Turki di timur laut. Kawasan Nagorno-Karabakh di bahagian barat daya Azerbaijan Proper mengisytiharkan kemerdekaan daripada Azerbaijan pada tahun 1991, tetapi kemerdekaan itu tidak diakui oleh sebarang negara.Azerbaijan ialah sebuah negara sekular, dan telah menjadi ahli Majlis Eropah sejak tahun 2001. Orang-orang Azerbaijani (atau dengan mudah, Azeris) merupakan penduduk majoriti yang kebanyakannya adalah penganut Syiah Islam. Secara rasmi, negara ini ialah sebuah demokrasi memuncul, tetapi dengan pemerintahan autoritarianisme yang kuat.

Azerbaijan

Internet TLD .az
• Total ▲$210.864 billion
Kod panggilan +994
• Per kapita ▲$14,668
• Tamat 25 Disember 1991
• Perdana Menteri Ali Asadov
• Air (%) sedikit sahaja
Bandar terbesar Ibu negara
KDNK (PPP) Anggaran 2019 
• Bancian 1999 7,953,438
Zon masa UTC+4
Pemerintahan Republik
• Presiden Ilham Aliyev
• Jumlah ▲$146.713 billion
• Diisytihar 30 Ogos 1991
Bahasa rasmi Bahasa Azerbaijan
• Anggaran 2019 ▲10,001,650 (78)
• Musim panas (DST) UTC+5
Ibu kota Baku
Mata wang Manat (AZN)
Gini (2019) ▼22.3Gini_category = low
Ralat: Nilai Gini tidak sah
KDNK (nominal) Anggaran 2019 
HDI (2019) ▲0.784
Ralat: Nilai HDI tidak sah
• Republik Demokratik 28 Mei 1918