Babi_Hutan
Babi_Hutan

Babi_Hutan

Babi Hutan (bahasa Inggeris: Wild Boar) merupakan leluhur liar babi bela jinak. Ia berasal dari hutan jarang di kebanyakan kawasan Eropah Tengah, Mediterranean (termasuk Banjaran Atlas Afrika Utara), serta di kebanyakan kawasan di Asia sehingga Indonesia di selatan. Babi hutan juga telah dibawa masuk ke banyak tempat yang lain. Ia tergolong dalam famili Suidae yang sama dengan Warthog dan Bushpig di Afrika, Pygmy Hog di India utara, dan Babi Rusa di Indonesia, antara lain. Babi Hutan adalah lebih jauh hubungannya dengan peccary atau javelina yang didapati di kawasan barat daya Amerika Syarikat serta di seluruh Amerika Tengah dan Selatan. Nama saintifiknya Sus scrofa.[2]Hutan Babi boleh mencapai 440 paun (200 kilogram) ( dengan laporan lebih berat yang tidak disahkan) untuk babi jantan dewasa, dan sehingga 6 kaki (1.8 meter) panjangnya. Jika terperanjat atau terkepung, Babi Hutan boleh menjadi amat garang, khususnya babi betina dengan anak-anaknya, dan jika diserang, akan mempertahankan diri dengan sedaya upaya menggunakan gigi taringnya.Babi Hutan pupus di Great Britain pada abad ke-17, tetapi babi-babi yang membiak di kawasan liar telah kembali ke sesetengah kawasan, khususnya di Weald, selepas melarikan diri daripada penternakan hutan babi.