Bacem
Bacem

Bacem

Bacem atau baceman (Hanacaraka: ꦧꦕꦼꦩ꧀) merupakan sajian daripada daerah Jawa Tengah, juga Yogyakarta bahagian timur (Mataraman). Masyarakat Yogyakarta menyukai bacem yang bercita rasa manis, iaitu dengan bumbu khas gula merah. Bacem merupakan cara pemprosesan makanan untuk mengawetkan produk, biasanya adalah tempe dan tauhu.[1] Dibacem bermaksud direndam dalam air gula atau garam supaya bahan makanan menjadi tahan lama.[1][2]Bacem tempe dan tahu biasa dimakan panas-panas dengan nasi putih. Di daerah Kaliurang, Yogyakarta dikenali sebagai jadah bacem, iaitu jadah yang disajikan bersama-sama dengan tempe dan tahu bacem.[3]