Badak Raya (
bahasa Inggeris: Javan rhinoceros) juga dikenali sebagai
Badak Jawa. Nama sainsnya Rhinoceros sondaicus.
[5],
[6]Badak Raya atau juga dikenali sebagai badak Jawa, (Rhinoceros sondaicus) merupakan ahli keluarga
Rhinocerotidae dan satu dari lima
badak Sumbu. Ia tergolong dalam genus yang sama seperti
badak Sumbu India, dan mempunyai kulit mosaicked yang menyerupai perisai, tetapi sepanjang 3.1–3.2 m (10–10.5 kaki) dan setinggi 1.4–1.7 m (4.6–5.8 kaki) tinggi, ia adalah lebih kecil berbanding badak India, dan lebih hampir dari segi saiz dengan badak Hitam. Tanduknya biasanya kurang dari 20 cm (8 inci), lebih kecil berbanding spesies badak yang lain.Dalah satu badak Asia yang paling luas taburannya, badak Raya terdapat di kepulauan Indonesia, sepanjang
Asia Tenggara, dan sehingga ke
India dan
China. Spesies ini kini amat terancam, dengan hanya dua populasi secara liar dan tiada di zoo. Ia kemungkinannya mamalia besar paling jarang dijumpai di dunia.
[7] Populasi sekitar 40–50 hidup di
Taman Negara Ujung Kulon di
pulau Jawa di
Indonesia dan populasi kecil, dianggarkan pada 2007 tidak melebihi lapan, hidup di
Taman Negara Cat Tien di
Vietnam. Kemerosotan badak Raya dikatakan disebabkan oleh pemburuan haram, terutama bagi tanduknya, yang amat dihargai dalam
perubatan tradisional Cina, bernilai sehingga US$30,000 se kilogram di pasaran gelap.
[7] Kehilangan habitat, terutamanya disebabkan oleh perperangan, seperti
Perang Vietnam, di Asia Tenggara, turut menyumbang kepada kemerosotan spesies dan menghalang pemulihan.
[8] Kawasan yang tinggal hanya dalam kawasan dilindungi di dua negara, tetapi badak raya masih terancam oleh pemburu haram dan kehilangan kepelbagaian genetik mendorong kepada kemerosotan biak dalaman (inbreeding depression).