Penomboran Bahan_tambahan_makanan

Untuk mengawal selia bahan tambahan ini, dan memaklumkan kepada pengguna, setiap tambahan diberikan nombor unik, yang digelar "nombor E", yang digunakan dalam negara-negara Eropah untuk semua tambahan yang diluluskan. Skim penomboran ini kini telah diadaptasi dan dilanjutkan oleh Codex Alimentarius. Sebuah suruhanjaya telah terbentuk untuk mengenal pasti semua bahan tambahan di peringkat antarabangsa,[1] tidak kira sama ada ia telah diluluskan untuk digunakan mahupun tidak.

Kesemua siri pengekodan nombor E mempunyai awalan "E", tetapi negara-negara di luar Eropah hanya menggunakan nombor, sama ada bahan tambahan itu diluluskan di Eropah atau tidak.Sebagai contoh,asid asetik ditulis sebagai E260 di produk-produk yang dijual di Eropah, tetapi hanya dikenali sebagai bahan tambahan 260 di beberapa buah negara. Penambah makanan 103, alkanet, tidak diluluskan untuk digunakan di Eropah sehingga tidak mempunyai nombor E, walaupun ia diluluskan untuk penggunakan di Australia dan New Zealand. Sejak tahun 1987, Australia telah mempunyai sistem yang diluluskan untuk pelabelan bahan perasa dalam makanan yang dibungkus. Setiap tambahan makanan harus diberi nama atau nombor. Nombor-nombor itu sama seperti di Eropah, tetapi tanpa awalan "E".

Pengurusan Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) menyenaraikan barang-barang ini sebagai "umumnya diiktiraf sebagai selamat" (GRAS);[2] mereka disenaraikan di bawah kedua-dua nombor Khidmat Abstrak Kimia dan pengawalan FDA di bawah Kanun Peraturan Persekutuan Amerika Syarikat.

Kategori

Bahan tambahan makanan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan, walaupun terdapat beberapa pertindihan di antara mereka.

Asid Asid makanan ditambah untuk rasa yang lebih "tajam", juga bertindak sebagai bahan pengawet dan pengantioksida. Antara asid makanan yang selalu dijumpai ialah cuka, asid sitrik, asid tartarik, asid malik, asid fumarik, dan asid laktik.Pengawalatur keasidan Pengawalatur keasidan digunakan untuk mengubah atau sebaliknya mengawal keasidan dan kealkalian makanan.Agen antikerakan Agen antikerakan mengelakkan serbuk seperti susu tepung dari menggumpal atau melekat.Agen pengantibusa Agen pengantibusa mengurangkan atau mencegah pembentukan buih dalam makanan.Pengantioksida Pengantioksida seperti vitamin C berperanan sebagai pengawet dengan merencat kesan oksigen terhadap makanan, dan boleh memberi manfaat kepada kesihatan.Agen pemukal Agen pemukal seperti kanji adalah bahan tambahan yang meningkatkan sebahagian besar tahap pukal daripada makanan yang tanpa menjejaskan rasanya.Pewarna makanan Pewarna makanan ditambah kepada makanan untuk menggantikan warna hilang semasa penyediaan, atau untuk membuat makanan kelihatan lebih menarik.Agen pengekalan warna Berbeza dengan pewarna, agen pengekalan warna digunakan untuk mengekalkan warna makanan yang sedia ada.Pengemulsi Pengemulsi membenarkan air bergabung dengan minyak dalam emulsi, seperti dalam mayones, ais krim, dan susu dihomogenkan.Perisa Perisa adalah bahan tambahan makanan yang memberikan rasa atau bau tertentu, dan boleh diperolehi dari bahan-bahan yang dicipta secara semula jadi atau buatan.Penambah perisa Ia membantu dalam meningkatkan rasa makanan yang sedia ada. Mereka boleh diekstrak daripada sumber semula jadi (melalui penyulingan, pengekstrakan pelarut, maserasi, dan juga kaedah lain) atau dicipta secara buatan.Ejen perawat tepung Ejen perawat tepung ditambah ke dalam tepung untuk meningkatkan warna atau kegunaan dalam pembuatan kek.Agen pengacaanAgen pengacaan memberikan penampilan yang berkilat atau lapisan pelindung kepada makanan.Pelembap Pelembap menghalang makanan daripada kering.Gas penyurihGas penyurih membolehkan bungkusan integriti diuji untuk mengelakkan makanan daripada terdedah kepada atmosfera, dengan itu menjamin jangka hayat.Pengawet makanan Pengawet mencegah atau menghalang kerosakan makanan disebabkan oleh fungi, bakteria dan mikroorganisma lain.Penstabil makanan Penstabil merupakan pemekat dan agen pengegelan seperti agar atau pektin (digunakan dalam jem sebagai contoh) memberikan tekstur makanan yang lebih kukuh. Walaupun mereka bukan pengemulsi benar, mereka membantu untuk menstabilkan emulsi.Pemanis Pemanis ditambahkan ke dalam makanan sebagai perasa. Pemanis selain daripada gula ditambah untuk mengekalkan tenaga makanan (nilai kalori) rendah, ataupun kerana mereka mempunyai kesan yang bermanfaat dalam merawat penyakit diabetes mellitus dan pereputan gigi dan diarrhea.Bahan pemekat Bahan pemekat adalah bahan apabila ditambah ke dalam sebatian, akan menambah kelikatan tanpa ketara mengubahsuai sifat-sifat lain.