Asid asetik,
asid etanoik atau
asid cuka adalah
sebatian kimia asid organik yang dikenali sebagai perasa
masam dan
aroma dalam
makanan. Asid cuka memiliki rumus empirik C2H4O2. Rumus ini seringkali ditulis dalam bentuk CH3-COOH, CH3COOH, atau CH3CO2H. Asid asetik tulen (disebut
asid asetik glasial) adalah
cecair higroskopik tak ber
warna, dan memiliki takat beku 16.7
°C. Asid asetik merupakan salah satu
asid karboksilik yang paling sederhana, setelah
asid formik. Larutan asid asetik dalam air merupakan
asid lemah iaitu hanya tercerai sebahagian sahaja yang menjadi
ion H+ dan CH3COO-. Asid asetik merupakan
bahan kimia dan
bahan asas industri yang penting. Asid asetik digunakan dalam penghasilan
polimer seperti
polietilena tereftalat,
selulosa asetat, dan
polivinil asetat, serta pelbagai jenis
serat dan
kain. Dalam industri makanan, asid asetik digunakan sebagai pengawal
keasidan. Di rumah, asid asetik cair juga sering digunakan sebagai pelunak air. Dalam setahun, keperluan dunia akan asid asetik mencapai 6.5 juta
tan setahun. 1.5 juta ton setahun diperoleh dari hasil
kitar semula, sisanya diperoleh daripada industri
petrokimia mahupun dari sumber
hidup.