Biokimia Asid_asetik

Kumpulan asetil yang terdapat pada asid asetik merupakan kumpulan yang penting bagi biokimia pada hampir seluruh hidupan. Kumpulan asetil yang terikat pada koenzim A (Asetil-KoA), merupakan enzim utama bagi metabolisme karbohidrat dan lemak. Namun, asid asetik bebas memiliki kepekatan yang kecil dalam sel, kerana asid asetik bebas dapat menyebabkan gangguan pada mekanisme pengaturan pH sel. Berbeza dengan asid karboksilik berantai panjang (disebut juga asid lemak), asid asetik tidak ditemui pada trigliserida dalam tubuh makhluk hidup. Sekalipun demikian, trigliserida buatan yang memiliki kumpulan asetik, triasetin (trigliserin asetik), adalah zat aditif yang umum pada makanan, dan juga digunakan dalam kosmetik dan ubat-ubatan.

Asid asetik dihasil dan dikumuhkan oleh bakteria-bakteria tertentu, contohnya Acetobacter dan spesies Clostridium acetobutylicum. Bakteria-bakteria ini terdapat pada makanan, air, dan juga tanah, hinggakan asid asetik dapat dihasil pada buah-buahan/makanan yang telah basi. Asid asetik juga terdapat pelincir vagina manusia dan haiwan lainnya, berperanan sebagai agen anti-bakteria.[5]

Biosintesis asid asetik

Asid asetik merupakan hasil katabolisme aerob dalam jalur glikolisis atau perombakan glukosa. Asid piruvik sebagai hasil pengoksidaan glukosa dioksidakan oleh NAD+ terion lalu segera diikat oleh Koenzim-A. Pada prokariota proses ini terjadi di sitoplasma sementara pada eukariota berlangsung pada mitokondria.