Bahasa_fleksi

Bahasa fleksi, ialah satu jenis bahasa sintesis yang menambahkan morfem tunggal kepada kata dasar untuk menentukan nahu, sintaksis, atau semantik. Contohnya, kata nama book ("buku") dalam bahasa Inggeris boleh ditambah akhiran -s untuk hasilkan books dan menjadikan ia kata majmuk. Perkataan laugh yang berada dalam kala kini boleh dijadikan dalam kala lampau dengan menambahkan -ed, makanya, laughed. Gejala fleksi tidak wujud dalam bahasa Melayu.[1]Contoh bahasa-bahasa yang ada gejala ini ialah bahasa Kashmir, Sanskrit, Pashto, bahasa-bahasa Indo-Arya baharu seperti Punjabi, Hindustan, Bengali; Yunani (klasik dan moden), Latin, Itali, Perancis, Sepanyol, Portugis, Romania, Ireland, Jerman, Faroe, Iceland, Albania, semua bahasa-bahasa Baltik dan Slavik.Satu kumpulan bahasa fleksi yang elok dibincangkan ialah bahasa-bahasa Semitik; namun, bahasa Ibrani Moden memaling lebih ke arah bahasa analitik berbanding Ibrani Klasik di mana “kedua-duanya ada kata nama dengan kata kerja”.[2] Bahasa Arab basahan lebih bersifat analitik berbanding bahasa Arab baku, dan hilang tasrifannya, dan sering kali juga meringkaskan konjugasi. Bahasa-bahasa yang banyak penggunaan fleksi ialah Finno-Ugrik, Ural dan Samoyed, seperti bahasa Hungary, Estonia, Finland, dan juga bahasa-bahasa Sami, seperti Skolt Sami.[petikan diperlukan] Di Amerika Utara, anehnya bahasa Navajo juga kadangkala dikatakan menggunakan fleksi kerana mempunyai morfologi yang kompleks dan tercantum.[3][4]Satu contoh dalam menerangkan proses pemfleksian ialah perkataan bonus dalam bahasa Latin ("bagus"). Imbuhan akhiran -us menandakan genus, kasus nominatif dan bilangan tunggal. Jika digunakan untuk kes yang berbeza, imbuhan -us mesti ditukarkan supaya patuh situasi ayat. Dalam bentuk bonum, imbuhan akhiran -um menandakan kasus akusatif maskulin tunggal, kasus akusatif neuter tunggal ataupun kasus nominatif neuter tunggal.