Bakuman
Bakuman

Bakuman

Bakuman (バクマン。) ialah sebuah manga shōnen siri lukisan Obata Takeshi dan dikarang oleh Ohba Tsugumi yang juga merupakan pengkarya bagi manga Death Note. Bakuman terbentuk daripada dua kata iaitu "letupan" 爆発 (Bakuhatsu) dan "komik" 漫画 (Manga). Separuh daripada kata-kata tersebut diambil dan membentuk pormanteau "Baku-man". Siri ini mengisahkan pelukis berbakat Moritaka Mashiro dan penulis bercita-cita tinggi Takagi Akito, dua remaja sekolah yang ingin menjadi mangaka.Bab pertama dilancarkan di Jepun pada 11 Ogos 2008 di dalam majalah Weekly Shonen Jump.[1] Jilid pertama dikeluarkan pada tarikh 5 Januari 2009 dan pada 4 November 2009 (2009 -11-04), lima novel grafik telah dikeluarkan. Selama dua minggu pertama keluaran, novel grafik pertama berjaya menduduki tempat keempat dan kesembilan dalam jualan manga di Jepun. Ia juga merupakan manga pertama yang diterbitkan secara langsung oleh Shueisha dalam pelbagai bahasa sebelum ada dalam cetakan di luar Jepun. Semasa Comic-Con International 2009 San Diego, Viz Media mengumumkan bahawa mereka telah melesenkan hak cipta siri ini bagi majalah Shonen Jump di negara Barat.25-episod anime siri televisyen telah diumumkan, untuk mula disiarkan di NHK pada tahun 2010.