Bandaraya_London

Bandaraya London (Bahasa Inggeris: City of London) ialah sebuah kawasan di London tengah, England. Pada zaman pertengahan, ia meliputi sebahagian besar kawasan London, tetapi bandar gabungan itu sudah berkembang jauh menjangkauinya.[2] Oleh sebab sempadan Bandaraya masih tidak berubah sejak Zaman Pertengahan, kini ia hanya sebahagian kecil metropolis, tetapi ia kekal sebahagian utama pusat bandaraya London dan memiliki taraf bandaraya yang tersendiri.Ia sering dikenali dengan gelaran City atau "Bandaraya" (sering tertulis pada peta sebagai "City") ataupun Square Mile, kerana keluasannya hanya satu batu persegi (1.12 bt2 atau 2.90 km2*)[3]. Istilah-istilah ini sering digunakan sebagai metonim untuk industri perkhidmatan kewangan United Kingdom yang meneruskan sejarah tumpuannya di Bandaraya.[4]Istilah London kini memaksudkan bandar gabungan yang lebih besar, lebih kurang bersamaan dengan London Raya, iaitu sebuah kawasan kerajaan setempat yang merangkumi 32 buah daerah perbandaran London, termasuk Bandaraya Westminster dan juga Bandaraya London. Lembaga setempat Bandaraya, iaitu Perbandaran Bandaraya London (City of London Corporation), adalah unik di United Kingdom kerana memikul tanggungjawab yang agak luar biasa bagi sebuah lembaga setempat di Britain, seperti menjadi lembaga polis Bandaraya. Ia juga memikul tanggungjawab dan milikan di luar sempadan Bandaraya. Perbandaran ini diketuai oleh Datuk Bandaraya London (Lord Mayor of the City of London), iaitu jawapan yang berasingan (dan lebih lama daripada) Datuk Bandar London (Mayor of London).Bandaraya London kini merupakan pusat kewangan dan perniagaan utama yang setaraf dengan Bandaraya New York sebagai peneraju pusat kewangan sedunia;[5] selama abad ke-19, Bandaraya ini merupakan pusat perniagaan utama dunia, dan masih kekal sebagai tempat pertemuan utama untuk perniagaan hingga kini.[6] Satu lagi daerah kewangan utama di kotaraya London ialah Canary Wharf yang terletak 2.5 batu (4.0 km) di timur.Bandaraya London diduduki oleh sekitar 11,000 orang sahaja, tetapi seramai 316,700 orang bekerja di situ, terutamanya di sektor perkhidmatan kewangan[7]. Bidang perundangan membentuk komponen utama bahagian barat Bandaraya, terutamanya di kawasan the Temple dan Chancery Lane; di sinilah letaknya Inns of Court, yang mana dua daripadanya —Inner Temple dan Middle Temple — terletak dalam lingkungan sempadan Bandaraya.

Bandaraya_London

Kod kawasan 020
Laman web cityoflondon.gov.uk
Status Sui generis; Bandaraya dan kaunti istiadat
Subbahagian
Santo penaung St Paul
Angkatan polis Polis Bandaraya London
Petempatan Rom c. 47 M
(Londinium)
Admin HQ Guildhall
• Jumlah 11,700
Kawasan London
• Musim panas (DST) UTC+1 (BST)
• Keetnikan 84.4% Putih
(68.3% British
12.8% bukan British
3.3% Ireland)
6.8% Asia Selatan
2.6% Afrika-Karibia
2.0% Cina
Negeri England
• Datuk Bandaraya David Wootton
Zon waktu UTC0 (GMT)
Lowest elevation 0 ft (0 m)
Poskod
EC, WC dan E1
• Kepadatan 10,000/batu persegi (4,000/km2)
Petempatan semula Wessex 886 M
(Lundenburh)
Highest elevation 69 ft (21 m)
• Lembaga setempat Perbadanan Bandaraya London
Negara berdaulat United Kingdom