Bangunan Sultan Abu Bakar adalah mercu tanda daerah
Muar yang terawal dan masih kekal sehingga hari ini. Ia dibina berasaskan ciri-ciri struktur pembinaan kolonial
Inggeris pada zaman kegemilangan daerah Muar sebagai bandar pentadbiran dan perdagangan yang terpenting bagi kedua-dua kerajaan
British dan juga
Sultan Johor di sebelah wilayah utara negeri
Johor. Bangunan ini yang merupakan Pejabat Daerah Muar menyerupai struktur dan unsur bangunan
Istana Besar di
Johor Bahru yang terletak di sebelah selatan Johor.Pada mulanya, bangunan Pejabat Daerah Muar yang pertama dibina pada tahun 1884. Bangunan ini dibina daripada kayu di bawah pengawasan Dato' Bentara Luar, Dato' Mohd Salleh bin Perang. Bangunan kayu ini kekal selama 31 tahun sehinggalah tahun 1915. Penasihat kerajaan British mengambil keputusan menggantikannya dengan bangunan baru dan menjadikannya sebagai Pejabat Daerah Muar. Pembinaan bangunan baru ini telah tergendala pada masa
Perang Dunia Pertama sehinggalah tahun 1918 sebelum pembinaannya diteruskan. Bangunan baru ini yang dinamakan
Bangunan Sultan Abu Bakar siap pada tahun 1929 untuk menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar. Ia menyerupai struktur dan unsur bangunan
Istana Besar di
Johor Bahru yang juga dibina oleh
Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim pada 1866, terutamanya struktur tangga depannya yang indah.Semasa zaman penjajahan
Jepun dalam Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah dikuasai oleh tentera Jepun. Walaupun fungsinya sebagai pusat pentadbiran
Muar dikekalkan, namun sistem pentadbirannya bercorak sistem pentadbiran Jepun. Selepas perang tamat, bangunan ini dan pentadbiran Daerah Muar diambil alih semula oleh pemerintahan
British dan semenjak kemerdekaan
Malaysia, bangunan pejabat ini dimiliki dan ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri Johor.
[1]