Beelzebub_(manga)
Beelzebub_(manga)

Beelzebub_(manga)

Beelzebub (べるぜバブ Beruzebabu) ialah sebuah manga Jepun yang ditulis dan ilustrasi oleh Ryūhei Tamura dan telah disirikan di majalah Weekly Shōnen Jump. Beelzebub mula-mula diterbitkan sebagai komik one-shot di Weekly Shōnen Jump tahun 2008, ia telah memenangi Gold Future Cup kali ke-4,[1] kemudian ia disirikan di majalah yang sama pada 2009. Sebuah OVA diterbitkan oleh Pierrot+ ditunjukkan semasa Jump Super Anime Tour pada Oktober 2010,[2] diikuti siri anime yang mula ditayangkan di Jepun pada 9 Januari, 2011[3].