Aplikasi-aplikasi Belerang

Sulfur mempunyai banyak kegunaan industri. Melalui terbitan utamanya, asid sulfurik (H2SO4), sulfur adalah antara unsur-unsur yang berkepentingan tinggi sebagai bahan mentah perindustriaan. Ia merupakan kepentingan utama dalam setiap sektor ekonomi dunia.

Pengeluaran asid sulfurik adalah penggunaan akhir utama untuk sulfur, dan penggunaan asid sulfurik telah dianggap sebagai satu daripada indeks yang terbaik untuk kemajuan perindustrian sesebuah negara. Asid sulfurik dihasilkan lebih banyak di Amerika Syarikat setiap tahun daripada mana-mana perindustrian kimia yang lain.

Sulfur juga digunakan dalam bateri, bahan cuci, pemvulkanan getah, racun kulat, dan dalam pembuatan baja-baja fosfat. Sulfit digunakan untuk meluntur kertas dan sebagai bahan pengawet dalam wain dan jeruk. Oleh sebab sifatnya yang mudah terbakar, sulfur juga digunakan dalam mancis, ubat bedil, dan bunga api. Natrium atau ammonium tiosulfat digunakan sebagai agen fixing fotografi. Magnesium sulfat, lebih dikenali sebagai garam Epsom, digunakan sebagai julap, bahan penambah mandian, exfoliant, atau zat magnesium tambahan untuk tumbuh-tumbuhan.

Pada lewat 1700-an, pembuat-pembuat perabot menggunakan sulfur lebur untuk menghasilkan hiasan tatah dalam di dalam rekaan-rekaan mereka. Oleh sebab sulfur dioksida yang terhasil semasa proses peleburan sulfur, pertukangan tatah dalam sulfur tidak lagi diteruskan.