Isotop Belerang

Sulfur mempunyai 18 isotop, empat antaranya stabil: 32S (95.02%), 33S (0.75%), 34S (4.21%), dan 36S (0.02%). Selain daripada 35S, [isotop radioaktif]] sulfur mempunyai jangka hayat pendek. 35S terbentuk oleh perkecaian sinar kosmos 40Ar dalam atmosfera. Ia mempunyai setengah hayat 87 hari.

Apabila mineral sulfida termendak, keseimbangan isotop antara pepejal dan cecair boleh menyebabkan perbezaan-perbezaan kecil pada nilai δS-34 mineral kogenetik. Perbezaan antara mineral boleh digunakan untuk menganggar suhu keseimbangan. δC-13 dan δS-34 bagi karbonat yang wujud-sama serta sulfida boleh digunakan untuk menentukan pH dan fugasiti oksigen bagi bendalir yang mengandungi bijih semasa pembentukan bijih.

Dalam kebanyakan ekosistem hutan, sulfat dihasilkan kebanyakannya daripada atmosfera; luluhawa bijih mineral dan sejatan (evaporit) juga menyumbang kepada kandungan sulfur. Sulfur dengan juzuk isotop tersendiri digunakan untuk mengenalpasti sumber-sumber pencemaran, dan sulfur yang diperkaya ditambah sebagai penyurih dalam kajian-kajian hidrologi . Perbezaan-perbezaan dalam kelimpahan semulajadi boleh juga digunakan dalam sistem-sistem di mana terdapat variasi mencukupi dalam kandungan 34S komponen-komponen ekosistem. Tasik-tasik banjaran Rocky yang dipercayai didominasi oleh sumber-sumber sulfat atmosfera telah ditemui memiliki nilai δS-34 yang berbeza daripada tasik-tasik yang dipercayai didominasi oleh sumber sulfat legeh.