Sebatian Belerang

Hidrogen sulfida mempunyai ciri-ciri berbau telur busuk. Apabila terlarut dalam air, hidrogen sulfida adalah berasid dan akan bertindak balas dengan logam-logam untuk menghasilkan satu siri logam sulfida. Logam sulfida semula jadi adalah biasa ditemui, terutama sebatian besi. Besi sulfida adalah dipanggil pirit. Menariknya, pirit dapat menunjukkan sifat-sifat semikonduktor . Galena, sejenis plumbum sulfida yang terhasil secara semula jadi, merupakan semikonduktor yang pertama ditemui, dan digunakan sebagai rektifier (penerus) isyarat dalam "misai kucing" bagi hablur radio awal.

Kebanyakan bau busuk bahan organik adalah berdasarkan sebatian yang mengandungi sulfur seperti metil dan etil merkaptan yang digunakan untuk memberi bau kepada gas asli supaya bocoran dapat dikesan dengan mudah. Bau busuk bawang putih dan "bau busuk skunk" juga disebabkan oleh sebatian organik yang mengandungi sulfur. Bagaimanapun, tidak semua sebatian organik sulfur berbau busuk; misalnya, merkaptan limau gedang, satu monoterpenoid yang mengandungi sulfur dan adalah bertanggungjawab dalam ciri bau limau gedang.

Polimer sulfur nitrida mempunyai sifat-sifat logam walaupun ia tidak mengandungi sebarang atom logam. Sebatian ini juga mengandungi sifat keelektrikan dan optik yang ganjil. Polimer ini boleh dihasilkan daripada tetrasulfur tetranitrida S4N4.

Fosforus sulfida adalah penting dalam sintesis. Misalnya, P4S10 dan terbitannya iaitu bahan uji Lawesson dan naftalen-1,8-diyl 1,3,2,4-ditiadifosfetan 2,4-disulfida digunakan untuk menggantikan oksigen daripada beberapa molekul organik dengan sulfur.

Sebatian-sebatian lain yang mengandungi sulfur termasuklah:

Sebatian sulfur tak organik:

  • Sulfida (S2-), satu kumpulan sebatian kompleks yang biasanya diterbitkan daripada S2-. Kadmium sulfida (CdS) merupakan satu contoh.
  • Sulfit (SO32-), garam-garam bagi asid sulfurus (H2SO3) yang dihasilkan dengan melarutkan SO2 dalam air. Asid sulfurus dan sulfit sepadan adalah agen penurun yang agak kuat. Sebatian lain yang diterbit daripada SO2 termasuklah pirosulfit atau ion metabisulfite (S2O52−).
  • Sulfat (SO42-), garam-garam bagi asid sulfurik. Asid sulfurik juga bertindak balas dengan SO3 pada nisbah molar seimbang untuk membentuk asid pirosulfurik (H2S2O7).
  • Tiosulfat (kadangkala dirujuk sebagai tiosulfit atau "hiposulfit") (S2O32−). Tiosulfat digunakan dalam pengekalan gambar (HYPO) iaitu sebagai agen penurunan. Ammonium tiosulfat dikaji sebagai pengganti kepada sianida dalam melarut lesap emas.
  • Natrium ditionit, Na2S2O4, adalah dianion penurun kuat yang diterbitkan daripada asid hiposulfurus/ditionus.
  • Natrium ditionat (Na2S2O6).
  • Asid politionik (H2SnO6), di mana n berjulat antara 3 hingga 80.
  • Asid peroksimonosulfurik (H2SO5) dan asid peroksidisulfurik (H2S2O8), masing-masing dihasilkan daripada tindakan SO3 pada H2O2 pekat, dan H2SO4 pada H2O2 pekat.
  • Natrium polisulfida (Na2Sx)
  • Sulfur heksafluorida, SF6, gas yang mampat pada keadaan ambien, adalah digunakan perejang yang tidak reaktif dan tidak bertoksik
  • Sulfur nitrida adalah sebatian rangkaian dan siklik yang mengandungi hanya S dan N. Tetrasulfur tetranitrida S4N4 adalah satu contoh.
  • Tiosianat mengandungi kumpulan SCN-. Pengoksidaan tiosianat manghasilkan tiosianogen, (SCN)2 dengan keterkaitan NCS-SCN.


Sebatian sulfur organik (di mana R, R', dan R'' adalah kumpulan organik seperti CH3):

  • Tioeter mempunyai bentuk R-S-R'. Sebatian-sebatian ini adalah padanan eter bagi sulfur.
  • Ion-ion sulfonium mempunyai formula RR'S-R'', iaitu di mana tiga kumpulan berkait dengan pusat sulfur berkation. Dimetilsulfoniopropionat (DMSP; (CH3 )2S+CH2CH2COO-) adalah sejenis ion sulfonium, yang penting dalam kitar sulfur organik laut.
  • Tiol (juga dikenali sebagai merkaptan) mempunyai bentuk R-SH. Ini adalah padanan alkohol bagi sulfur.
  • Ion-ion Tiolat mempunyai bentuk R S-.Anion-anion sebegini terhasil daripada tindakan tiol dengan bes.
  • Sulfoksida mempunyai bentuk R-S(=O)-R'. Sulfoksida biasa ialah DMSO.
  • Sulfon mempunyai bentuk R-S(=O)2-R'. Sulfon biasa adalah sulfolan C4H8SO2.

Lihat juga Sebatian-sebatian sulfur.