Kerjaya Ben_Amir

Ben merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Selepas Hero Remaja tamat, Ben ditawarkan drama Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, seterusnya berlakon di samping rakan seperjuagannya, Fattah dan Nur Risteena dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku, melakonkan watak Sam. Kerjaya filem Ben bermula pada 2015 menerusi filem Romeo Kota arahan Aaron Aziz lakonan Aaron sendiri dan pelawak Nabil Ahmad.

Kejayaan beliau hadir pada 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.

Dari 1 Januari sehingga 24 Februari 2018, Ben memegang watak sebagai Kamal dalam drama Sejadah Untuk Dia arahan Rahila Ali dengan idea asal oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Productions. Ia turut dibintangi oleh Adi Putra, Rashidi Ishak, Noorkhiriah, Tania Hudson dan Wawa Zainal.

Dari 10 Julai hingga 26 November 2018, beliau digandingkan bersama Aedy Ashraf dan Nelydia Senrose dalam drama adaptasi telenovela Filipina Cinta Tiada Ganti; memegang watak sebagai Khairil. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[1]

Ben menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada 2 Februari hingga 27 April 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy. Beliau memegang watak Zaki, bapa tunggal dan ‘Chief Foreman’ di bengkel Spanar Jaya.[2][3][4]

Pada Ogos 2019, Ben telah mendapat tawaran melakonkan watak Qash Adam dalam Sweet Dreams arahan Michael Ang yang bersiaran di Astro Ria, lakonan bersama Mira Filzah.[5] Drama ini turut dibintangi oleh Sean Lee, Datin Nina Juren, Yuna Rahim, Nasz Sally, Yusuf Bahrin, PU Azman, Didi Astillah dan Roy Azman.[6]