Kegunaan Berilium

  • Berilium digunakan sebagai agen pengaloian di dalam penghasilan tembaga berilium. (Be mempunyai kebolehan menyerap kandungan haba yang banyak). Aloi tembaga-berilium digunakan dalam pelbagai kegunaan oleh kerana konduktiviti elektrik dan konduktiviti termanya, kekuatan tinggi dan kekerasan, sifat yang tak magnetik, dan juga tahan kakisan serta tahan lesu (logam). Kegunaan-kegunaan ini termasuklah pembuatan: elektrod kimpalan bintik, pegas, alat tukang tak mencucuh dan penyambung elektrik.
  • Ketegaran, ringan dan kestabilan dimensi pada julat suhu yang lebar menyebabkan aloi tembaga-berilium digunakan dalam industri aeroangkasa dan pertahanan iaitu sebagai bahan penstrukturan ringan dalam pesawat halaju tinggi, peluru berpandu, kapal terbang dan satelit komunikasi.
  • Kepingan nipis kerajang berilium digunakan bersama diagnostik pengesanan sinaran X untuk menapis cahaya nampak dan membenarkan hanya sinaran X dikesan.
  • Dalam bidang litografi sinaran X, berilium digunakan untuk penghasilan litar bersepadu mikroskopik.
  • Oleh kerana ia mempunyai keratan rentas penyerapan terma neutron yang rendah, industri tenaga nuklear menggunakan logam ini dalam reaktor nuklear sebagai pemantul neutron dan moderator.
  • Berilium digunakan dalam pembuatan giroskop, pelbagai alat komputer, spring jam tangan dan peralatan yang memerlukan keringanan, ketegaran dan kestabilan dimensi.
  • Berilium oksida sangat berguna dalam pelbagai kegunaan yang memerlukan konduktor haba yang baik, dan kekuatan serta kekerasan yang tinggi, dan juga takat lebur yang tinggi, seterusnya bertindak sebagai perintang elektrik.
  • Sebatian berilium pernah pada satu ketika dahulu digunakan dalam lampu kalimantang, tetapi penggunaan tersebut tergendala oleh sebab pendedahan pekerja dalam kilang penghasilan lampu kepada penyakit beriliosis.