Sejarah Berilium

Nama berilium berasal daripada perkataan Yunani beryllos, beril. Pada satu ketika, berilium pernah dinamakan glucinium (daripada Yunani glykys, manis), oleh kerana rasa manis garamnya. Unsur ini dijumpai olehLouis Vauquelin dalam tahun 1798 dalam bentuk oksida dalam beril dan dalam zamrud. Friedrich Wöhler dan A. A. Bussy masing-masing berjaya mengasingkan logam pada tahun 1828 dengan memberi tindak balas antara kalium dengan berilium klorida.