Isotop Berilium

Berilium hanya mempunyai satu isotop stabil, Be-9. Berilium kosmogenik (Be-10) dihasilkan dalam atmosfera melalui perkecaian oksigen dan nitrogen oleh sinaran kosmik. Oleh sebab berilium seringkali wujud dalam bentuk larutan pada paras pH yang kurang daripada 5.5 (dan kebanyakan air hujan mempunyai pH kurang daripada 5), ia akan larut ke dalam larutan dan diangkut ke permukaan Bumi melalui air hujan. Apabila pemendakan dengan cepatnya menjadi semakin beralkali, Be keluar dari larutan. Be-10 kosmogenik akan berkumpul atas permukaan tanah, di mana ia mempunyai separuh hayat yang panjang (1.5 juta tahun) lalu membolehkannya menetap dengan lebih lama sebelum mereput menjadi B-10 (boron). Be-10 dan hasil reputannya digunakan dalam kajian hakisan tanah, pembentukan tanah oleh regolitos, pembentukan tanah laterit, dan juga variasi dalam aktiviti matahari dan usia teras ais.Pengetahuan bahawa Be-7 dan Be-8 yang tak stabil memberikan pendapat kesan kosmologi yang mendalam kerana ini bermaksud unsur yang lebih berat daripada berilium tidak mungkin dapat dihasilkan daripada pelakuran nuklear semasa letupan besar big bang. Malahan, aras tenaga nuklear berilium-8 memberi petunjuk bahawa karbon boleh dihasilkan dalam bintang-bintang, maka memungkinkan penghasilan hidupan. (Lihat proses tripel-alfa dan nukleosintesis big bang)