Perkakasan BlackBerry

Telefon moden BlackBerry berteknologi LTE seperti BlackBerry Z10 dipacu oleh prosesor Qualcomm Snapdragon S4 Plus 1.5 GHz Dwi-Teras dan Adreno 225 1.5-1.7 GHz untuk prosesor grafik. Telefon BlackBerry berasaskan GSM pula dilengkapi prosesor ARM 7, 9 atau 11.[21] Beberapa model BlackBerry (Torch 9850/9860, Torch 9810 dan Bold 9900/9930) dilengkapi prosesor berkelajuan 1.2 GHz model MSM8655 Snapdragon, 768 MB memori sistem, dan 8 GB memori dalaman.[21][22] Model peringkat pemula, seperti Curve 9360, menawarkan Marvell PXA940 berkelajuan 800 MHz.

Model Bold 9700 menampilkan prosesor versi terbaru berbanding siri model Bold 9000 yang lain, tetapi kelajuan pemprosesan ditetapkan pada kelajuan yang sama. Model Curve 8520 dilengkapi dengan prosesor 512 MHz, manakala siri BlackBerry 8000, seperti 8700 dan Pearl, dilengkapi dengan prosesor 312 MHz ARM XScale ARMv5TE PXA900. Turut terkecuali adalah BlackBerry 8707 yang mana dilengkapi chipset 80 MHz Qualcomm 3250; ini adalah kerana chipset PXA900 tidak menyokong rangkaian 3G. Pemproses 80 MHz dalam BlackBerry 8707 menjadikan peranti lambat untuk memuat turun untuk memapar penuh sesebuah laman web di dalam rangkaian 3G berbanding 8700 yang berada dalam rangkaian EDGE. Peranti BlackBerry awal, seperti BlackBerry 950, menggunakan prosesor berasaskan Intel 80386.[23][24]

Telefon terkini BlackBerry iaitu BlackBerry Z30 dilengkapi dengan paparan bersaiz 5" jenis Super AMOLED beresolusi 1280x720, pada kedalaman warna 295 ppi 24-bit dan dikuasakan oleh Quad-Graphics dan prosesor Qualcomm Dual Core 1.7 GHz MSM8960T Pro.

Rujukan

WikiPedia: BlackBerry http://bbref.ca/900 http://www.cbc.ca/news/business/blackberry-to-be-s... http://www.cbc.ca/news/does-blackberry-have-a-futu... http://www.bbgeeks.com/blackberry-scoops/the-insid... http://bgr.com/2013/06/28/blackberry-subscribers-q... http://www.bizjournals.com/charlotte/stories/2005/... http://blogs.blackberry.com/2014/07/passport-desig... http://ca.blackberry.com/smartphones/blackberry-le... http://docs.blackberry.com/en/ http://docs.blackberry.com/en/admin/deliverables/7...