Perisian BlackBerry

Sistem operasi terbaru, BlackBerry 10, telah dikeluarkan untuk dua model terbaru BlackBerry (Z10 dan Q10) pada 30 Januari 2013. Pada sidang BlackBerry World 2012, Ketua Pegawai Eksekutif RIM Thorsten Heins menunjukkan beberapa ciri-ciri OS terbaru, antaranya termasuklah fungsi kamera yang dapat memainkan kembali sesebuah foto secara bingkai demi bingkai untuk supaya dapat membuat pemilihan shot terbaik,[25] peranti bijak, prediktif, papan kekunci yang bersesuaian, dan antara muka pengguna yang direka berteraskan idea "aliran".[26] Aplikasi untuk peranti BlackBerry 10 boleh dimuat turun melalui BlackBerry World

    Maklumat selanjutnya: BlackBerry 10

Sistem operasi yang dibangunkan untuk peranti BlackBerry yang lebih lama dipanggil BlackBerry OS, sebuah persekitaran proprietari multi-tugas yang dibangunkan oleh RIM. Sistem operasi yang direka untuk penggunaan peranti input seperti trek roda, trek bola, dan trek pad. OS ini menyediakan sokongan untuk Java MIDP 1.0 dan WAP 1.2. Versi sebelumnya membenarkan penyelarasan wayarles dengan e-mel dan kalender Microsoft Exchange Server, begitu juga dengan e-mel Lotus Domino. OS 5.0 menawarkan subset MIDP 2.0. Versi terbaru membolehkan pengaktifan lengkap secara wayarles dan penyelarasan dengan e-mel Exchange, kalendar, tugas, nota dan kenalan, dan sokongan tambahan untuk Novell GroupWise dan Lotus Notes. BlackBerry Curve 9360, BlackBerry Torch 9810, Bold 9900/9930, Curve 9310/9320 dan Torch 9850/9860 menampilkan ciri terbaru terbaru yang terdapat pada BlackBerry OS 7 (dilancarkan pada 2011). Aplikasi untuk peranti ini tersedia melalui BlackBerry World (sebelum 2013 ianya dipanggil BlackBerry App World).

    Maklumat selanjutnya: BlackBerry OS

Pembangun pihak ketiga boleh menulis perisian menggunakan API, dan juga API proprietari BlackBerry. Mana-mana aplikasi yang menggunakan fungsi terhad tertentu hendaklah ditandatangani secara digital supaya ia boleh dikaitkan ke akaun pembangun di RIM. Prosedur tandatangan digital ini menjamin hak milik pembangun sesebuah aplikasi tetapi ianya tidak menjamin kualiti atau keselamatan kod. RIM menyediakan alatan untuk membangunkan aplikasi dan tema untuk BlackBerry. Aplikasi dan tema boleh dimuatkan ke dalam peranti BlackBerry melalui BlackBerry World, Over The Air (OTA) melalui pelayar mudah alih BlackBerry, atau melalui BlackBerry Desktop Manager.

Peranti BlackBerry menggunakan perisian proprietari BlackBerry Messenger ataupun BBM, untuk menghantar dan menerima mesej segera, nota suara, imej dan video melalui BlackBerry PIN. Selagi telefon bimbit anda mempunyai pelan data, perkhidmatan mesej ini diberi semua secara percuma. Antara ciri-ciri BBM adalah mesej berkumpulan, imbasan bar-kod, perkongsian kalendar, BBM Muzik dan integrasi dengan aplikasi dan permainan menggunakan platform sosial BBM.

Pada bulan April 2013, BlackBerry mengumumkan proses penutupan servis strim muzik iaitu BBM Music, yang telah aktif selama hampir dua tahun sejak pelancarannya. BlackBerry Messenger Music telah ditutup pada 2 Jun 2013.[27]

Pada bulan Julai 2014, BlackBerry mendedahkan satu ciri terbaru untuk BlackBerry OS 10.3 iaitu BlackBerry Assistant, dan perkakasan terbaru untuk BlackBerry Passport. Ciri ini bakal adalah menjadi pembantu peribadi digital untuk membantu pengguna kekal "Teratur, Mutakhir dan Produktif."[28]

Pada bulan Disember 2014, BlackBerry dan NantHealth, pembekal data penjagaan kesihatan, melancarkan pelayar yang selamat untuk genom kanser, ini memberi keupayaan kepada doktor untuk mengakses data genetik pesakit melalui telefon pintar BlackBerry Passport.[29]

Ketersambungan

Telefon pintar BlackBerry boleh disepadukan dengan sistem organisasi e-mel melalui pakej perisian yang dipanggil BlackBerry Enterprise Server (BES) melalui versi 5, dan BlackBerry Enterprise Service (BES) pada versi 10. (Tiada sebarang versi dari 6 hingga 9). Versi BES disediakan untuk Microsoft Exchange, Lotus Domino, Novell GroupWise dan Google Apps. Pengguna individu boleh menggunakan perkhidmatan e-mel pembekal wayarles tanpa perlu memasang BES, tetapi organisasi dengan beberapa pengguna biasanya menjalankan BES pada rangkaian mereka. Peranti BlackBerry yang dijalankan oleh BlackBerry OS 10 atau versi lebih lama juga boleh diuruskan secara langsung melalui Microsoft Exchange Server, menggunakan polisi Exchange ActiveSync (EAS), juga merupakan cara yang sama digunakan untuk peranti iOS atau Android. EAS menyokong kawalan pengurusan yang lebih sedikit berbanding BES. Beberapa syarikat pihak ketiga menyediakan penyelesaian untuk pengehosan BES. Setiap peranti BlackBerry mempunyai ID unik yang dipanggil BlackBerry PIN, yang digunakan untuk mengenal pasti peranti untuk BES. BlackBerry pernah menyediakan perisian BES secara percuma yang dipanggil BES Express (BESX).[30]

Ciri utama BES adalah untuk menyampaikan e-mel daripada peti mel korporat terus kepada telefon BlackBerry. BES memantau peti mel pengguna, menyampaikan mesej baru ke telefon melalui pusat operasi rangkaian Blackberry dan pembekal wayarles pengguna. Ciri ini dikenali sebagai push email, kerana semua e-mel, kenalan, entri tugas, entri memopad, dan entri kalendar baru dimuat turun ke peranti BlackBerry dengan serta-merta (berbeza dengan pengguna menyelaraskan data secara manual atau menetapkan muat turun dari pelayan berdasarkan interval masa yang tertentu).

BlackBerry juga menyokong muat turun e-mel melalui aplikasi pihak ketiga. Sistem pesanan terbina di dalam BlackBerry hanya memahami bagaimana untuk menerima mesej daripada BES atau BIS, perkhidmatan ini mengendalikan sambungan kepada pembekal e-mel pengguna. Peranti simpanan juga membolehkan pengguna untuk mengakses semua data secara luar talian di kawasan yang tidak mempunya liputan khidmat wayarles. Apabila pengguna menyambungkan semula perkhidmatan wayarles, BES akan menghantar data terkini.

Satu ciri dari model yang terbaru BlackBerry adalah kemampuan untuk mengesan dengan pantas lokasi semasa pengguna melalui proses penigasegian tanpa menggunakan fungsi GPS, sekali gus menjimatkan hayat bateri dan masa. Penigasegian adalah pantas, kurang penggunaan bateri, dan cara yang intensif untuk menberikan aplikasi yang memerlukan data koordinat pengguna. Walau bagaimanapun, ketepatan penigasegian BlackBerry adalah kurang berbanding dengan GPS disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya menara telekominikasi yang dihalang oleh bangunan-bangunan besar, gunung, atau jarak.

BES juga menyediakan telefon sambungan TCP/IP yang diakses melalui komponen yang dipanggil perkhidmatan penyambungan MDS (Mobile Data System).[31] Ini membolehkan pembangunan aplikasi kustom menggunakan strim data pada peranti BlackBerry melalui platform berasaskan Sun Microsystems Java ME.

Di samping itu, BES menyediakan keselamatan rangkaian, dalam bentuk 3DES[32] atau, yang terbaru, penyulitan AES[33][34][35] [33] [34] [35] terhadap semua data (antaranya e-mel dan trafik MDS) yang bergerak antara telefon BlackBerry dan BlackBerry Enterprise Server.

Kebanyakan pembekal perkhidmatan menawarkan harga bulanan berkadar rata melalui tarif khas Blackberry untuk penggunaan data tanpa had antara unit-unit BlackBerry dan BES. Selain menerima e-mel, organisasi boleh membuat sambungan intranet atau aplikasi dalaman dengan tanpa caj trafik data.

Dengan perkembangan versi yang lebih terkini platform BlackBerry, MDS bukan lagi satu keperluan untuk mengakses data wayarles. Bermula dari OS 3.8 atau 4.0, telefon BlackBerry boleh mengakses Internet (iaitu akses TCP/IP) tanpa MDS - sebelum ini hanya e-mel dan WAP boleh diakses tanpa BES/MDS. BES/MDS masih diperlukan sebagai perlindungan keselamatan kepada e-mel, akses data, dan aplikasi yang memerlukan WAP daripada pembekal perkhidmartan yang tidak membenarkan akses WAP.

Alternatif utama selain menggunakan BlackBerry Enterprise Server adalah dengan menggunakan BlackBerry Internet Service(BIS). BlackBerry Internet Service boleh didapati di 91 buah negara di peringkat antarabangsa. BlackBerry Internet Service telah dibangunkan untuk pengguna awam dan bukannya untuk penggunaan di sektor korporat. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna untuk mengakses akaun e-mel POP3, IMAP, dan Outlook Web App (bukan melalui Exchange ActiveSync) tanpa peyambungan BlackBerry Enterprise Server (BES).[36] BlackBerry Internet Service membenarkan akses sehingga 10 akaun e-mel untuk, termasuk akaun e-mel proprietari dan juga orang awam (seperti Gmail, Outlook, Yahoo dan AOL). BlackBerry Internet Service juga menyokong keupayaan push menerusi pelbagai aplikasi BlackBerry yang lain. Pelbagai aplikasi yang dibangunkan oleh RIM untuk BlackBerry menggunakan keupayaan push BIS, seperti klien pemesejan segera (seperti Google Talk, Windows Live Messenger dan Yahoo Messenger). Perkhidmatan ini biasanya diperuntukkan melalui pembekal perkhidmatan telefon mudah alih, walaupun BlackBerry sebenarnya turut menjalankan perkhidmatan tersebut.[36]

Pada 2011/10/10 10:00 UTC terdapat gangguan perkhidmatan di Eropah, Timur Tengah dan Afrika, yang memberi kesan kepada berjuta-juta pengguna BlackBerry.[37] Terdapat gangguan susulan pada hari berikutnya.[38] Pada 12 Oktober 2011, yang Blackberry Internet Service telah lumpuh di Amerika Utara.[39] Research In Motion menyatakan bahawa ini disebabkan oleh beban data akibat daripada kegagalan dua pusat data mereka yang terletak di Waterloo,Kanada dan Slough,England sebagai punca gangguan perkhidmatan.[39]

Phones with BlackBerry email client

Several non-BlackBerry mobile phones have been released featuring the BlackBerry email client which connects to BlackBerry servers. Many of these phones have full QWERTY keyboards.

Third-party software

Third-party software available for use on BlackBerry devices includes full-featured database management systems, which can be used to support customer relationship management clients and other applications that must manage large volumes of potentially complex data.[40]

In March 2011, RIM announced an optional Android player that could play applications developed for the Android system would be available for the BlackBerry PlayBook, RIM's first entry in the tablet market.[41][42][43]

On August 24, 2011 Bloomberg News reported unofficial rumors that BlackBerry devices would be able to run Android applications when RIM brings QNX and the Android App Player to BlackBerry.[44][45][46][47]On October 20, 2011 RIM officially announced that Android applications could run, unmodified, on the BlackBerry tablet and the newest BlackBerry phones, using the newest version of its operating system.[48][49]

Rujukan

WikiPedia: BlackBerry http://bbref.ca/900 http://www.cbc.ca/news/business/blackberry-to-be-s... http://www.cbc.ca/news/does-blackberry-have-a-futu... http://www.bbgeeks.com/blackberry-scoops/the-insid... http://bgr.com/2013/06/28/blackberry-subscribers-q... http://www.bizjournals.com/charlotte/stories/2005/... http://blogs.blackberry.com/2014/07/passport-desig... http://ca.blackberry.com/smartphones/blackberry-le... http://docs.blackberry.com/en/ http://docs.blackberry.com/en/admin/deliverables/7...