Penerbitan BoBoiBoy_Movie_2

Pengarah Nizam Razak berkata proses pembikinan untuk filem kedua ini lebih pantas daripada filem pertama dan hanya mengambil masa setahun untuk disiapkan. Mereka menetapkan had masa 12 bulan untuk melihat jika mereka boleh membuat filem tanpa menjejaskan kualiti atau jalan cerita animasi tersebut.[2] Beliau mengaku terdapat tekanan untuk menyiapkan filem ini tepat pada masanya tetapi pasukan produksi beliau yang terdiri daripada 100 orang berjaya melakukannya mengikut masa yang ditetapkan. Mereka menggunakan teknologi yang lebih baik seperti Redshift dan kaedah simulasi menyeluruh[3] walaupun kosnya akan menjadi lebih tinggi untuk memberikan kualiti terbaik kepada penonton.[4] Jika reaksi kepada filem ini adalah positif, mereka bercadang untuk menghasilkan filem secara konsisten, dengan filem baharu dikeluarkan setiap tahun atau setiap setahun setengah.[2]

Rujukan

WikiPedia: BoBoiBoy_Movie_2 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/baru-5-ha... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-san... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cecah-pu... http://boboiboymovie2.com/my/ http://www.gempak.com/artikel/22392/penuh-emosi-ke... http://www.imdb.com/title/tt0419266/ http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?searc... http://www.hmetro.com.my/node/111175/ https://www.facebook.com/BoBoiBoy/photos/a.1566932... https://www.facebook.com/BoBoiBoy/photos/a.1566932...