Sambutan BoBoiBoy_Movie_2


Jadual kutipan pawagam
BoBoiBoy Movie 2
(8 Ogos – 6 Oktober )
Tempoh TayanganKutipan Longgokan
1 hari (8 Ogos)RM1.18 juta[13]
5 hari (12 Ogos)RM9.90 juta[14]
8 hari (15 Ogos)RM15.80 juta[15]
11 hari (18 Ogos)RM21 juta[16]
18 hari (25 Ogos)RM25 juta[17]
26 hari (2 September)RM27.70 juta[18]
70 hari (18 Oktober)RM29.60 juta[19]

Monsta mensasarkan untuk mengumpul lebih banyak daripada kutipan filem pertama (RM20 juta) memandangkan jumlah tayangan lebih tinggi.[4] Filem ini telah meraih RM 1.18 juta pada hari pertama, kutipan pembukaan tertinggi bagi filem animasi tempatan. Filem ini telah meraih kutipan memecah RM 15.8 juta selepas 8 hari tayangan. Kutipan ini berjaya memecah rekod filem BoBoiBoy The Movie yang pertama. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah menerima terhadap filem animasi tempatan sebagai filem animasi No.1 negara dan secara umumnya. Dalam tempoh 18 hari, BoBoiBoy Movie 2 telah mengumpul RM 25 juta dalam tempoh tiga minggu sekali gus menjadi filem tempat ketiga paling tinggi di Malaysia, mengatasi filem aksi tahun lalu Polis Evo 2 yang membawa pulang sebanyak RM20 juta. Ia telah mengalahkan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal secara rasmi sebagai filem animasi paling laris di Malaysia, mengalahkan semua filem animasi tempatan dan antarabangsa dengan mengutip sebanyak RM27.7 juta selepas 26 hari.

Dalam 70 hari, BoBoiBoy Movie 2 berjaya mencapai kutipan sebanyak RM30 Juta di Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam dengan kutipan sebanyak RM29.60 juta di dalam Malaysia.[20]

Rujukan

WikiPedia: BoBoiBoy_Movie_2 http://www.astroawani.com/berita-hiburan/baru-5-ha... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-san... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cecah-pu... http://boboiboymovie2.com/my/ http://www.gempak.com/artikel/22392/penuh-emosi-ke... http://www.imdb.com/title/tt0419266/ http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?searc... http://www.hmetro.com.my/node/111175/ https://www.facebook.com/BoBoiBoy/photos/a.1566932... https://www.facebook.com/BoBoiBoy/photos/a.1566932...