Variasi Boeing_737

Model 737 boleh dibahagikan kepada tiga generasi, termasuk sembilan kelainan utama. Model "Original" terdiri daripada 737-100, 737-200/-200 Advanced. Model "Classic" terdiri daripada 737-300, 737-400, dan 737-500. Variasi "Next Generation" terdiri daripada 737-600, 737-700/-700ER, 737-800, dan 737-900/-900ER.

737 asal

737-100

Model awal adalah 737-100. Ia telah dilancarkan oleh Lufthansa pada 1965. -100 telah diperkenalkan pada Januari 17, 1967 dan memasuki perkhidmatan pada 1968. Pesawat ini adalah paling kecil dalam 737. Hanya tiga puluh 737-100 telah ditempah dan diserah, dan tiada 737-100 kekal dalam perkhidmatan pada hari ini.

737-200

737-200 adalah versi 737-100 dengan lanjutan fiuslaj. Ia telah dilancarkan oleh United Airlines pada 1965. -200 telah diperkenalkan pada Jun 29, 1967 dan memasuki perkhidmatan pada 1968. 737-200 Advanced adalah satu versi dari -200 yang diperbaiki, diperkenalkan oleh All Nippon Airways pada 20 Mei 1971.[5] Pesawat ini mempunyai aerodinamik yang meningkat, brek roda automatik, enjin lebih berkuasa, kapasiti bahan bakar lebih banyak dan jarak lebih jauh berbanding -200.[6]

737 Classic

Siri baru 737 Classic memepunyai enjin turbokipas CFM56, yang menghasilkan perolehan penting dalam ekonomi bahan api dan pengurangan bunyi bising, tetapi juga menimbulkan satu cabaran kejuruteraan berbekalkan low ground clearance 737.

737 Next Generation

Sejak awal 1990-an, ia menjadi jelas Airbus A320 yang baru adalah satu ancaman yang serius untuk bahagian pasaran Boeing, sebagaimana Airbus memenangi pelanggan setia 737 dahulunya seperti Lufthansa dan United Airlines.

Rujukan

WikiPedia: Boeing_737 http://www.aerospace-technology.com/projects/boein... http://www.atwonline.com/news/story.html?storyID=9... http://www.boeing.com/commercial/737family/backgro... http://www.boeing.com/commercial/737family/specs.h... http://www.boeing.com/commercial/airports/737.htm http://www.boeing.com/commercial/prices/ http://www.cnn.com/2006/WORLD/africa/10/29/nigeria... http://www.flightinternational.com/Articles/2006/0... http://aviation-safety.net/database/dblist.php?Typ... http://aviation-safety.net/database/type/type-stat...