Bomis merupakan sebuah syarikat
dot-com yang diasaskan oleh
Jimmy Wales dan
Tim Shell pada tahun
1996. Kegiatan perniagaan utamanya ialah penjualan iklan-iklan dalam portal gelintar Bomis.com, serta pemberian sokongan kepada
Nupedia dan
Wikipedia yang merupakan projek-projek
ensiklopedia bebas. Sejak tahun 2006, Shell ialah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Bomis.Dalam tapak Bomis.com, Bomis mencipta dan mengehoskan
gelang web berdasarkan istilah-istilah gelintaran yang popular. Gelang-gelang itu pada suatu masa dikategorikan secara umum sebagai "Wanita", "Hiburan", "Sukan", "Dewasa", "Lain-lain" dan "Fiksyen sains".
Kategori "Dewasa", "Wanita" dan "Hiburan" adalah kategori yang terpopular dan sering dikemaskinikan. Selain itu, Bomis juga mengehoskan sebuah salinan direktori gelintaran "
Projek Direktori Terbuka" yang dimiliki oleh
America Online. Hasil daripada halaman-halaman gelintaran berkait dijanakan oleh pengiklanan dan
pemasaran gabungan.Bomis mengelolakan sebuah tapak web yang digelarkan Bomis Premium di premium.bomis.com sehingga 2005. Tapak web ini memberikan pelanggan-pelanggan capaian untuk gambar-gambar foto
erotik yang menonjolkan 403 orang
model yang berbeza-beza (54,658 gambar pada jumlahnya), dan video-video model dalam kesemua keadaan penanggalan pakaian dan lagak-lagak yang tidak senonoh.
Sehingga pertengahan 2005, Bomis juga menonjolkan Laporan Wanita Bomis,
log web (blog) percuma, penerbitan berita dan ulasan mengenai orang yang terkenal, model-model, serta
hiburan dewasa.Laporan Wanita terpaut secara ketara ke Bomis Premium, dan seringnya memberikan laporan kemas kini tentang model-model baru yang menyertai Bomis. Bomis juga mengelolakan nekkid.info yang merupakan tempat simpan percuma untuk gambar-gambar foto erotik yang terpilih
serta mengehoskan Enjin Wanita yang merupakan "engin gelintar wanita yang tepat". Enjin itu mengindekskan berbagai-bagai gambar-gambar foto dari kategori
fotografi glamor ke kategori
pornografi. Tapak itu, yang diiklankan dalam Bomis.com pada Mac 2006, menggunakan
alamat IP yang sama dengan premium.bomis.com, serta bomis.com sebagai pelayan namanya.Sebagai tambahan kepada perkhidmatan erotika dan gelintarannya, Bomis juga membekalkan perkhidmatan pengehosan tapak web yang mendukung pandangan-pandangan politik untuk pendukung-pendukung
objektivisme atau
kebebasan, termasuknya "Freedom's Nest" (terjemahan: "Sarang Kebebasan"),
, pangkalan data untuk buku-buku dan petikan-petikan, serta "Kami yang Hidup" ("We the Living") yang merupakan tapak web untuk kommuniti pendukung objektivisme yang kini tidak berfungsi lagi.